Disebabkan pandemik Covid-19, ramai yang terpaksa menanggung rindu apabila terpaksa berjauhan dengan orang tersayang.
Itu juga terjadi kepada pelakon Zainol Macwilson yang sudah sekian lama tidak bertemu dengan anak perempuannya, aktres Zahirah Macwilson.
Artikel Berkaitan: ‘Humble & Tak Sombong..’ – Tak Ada ‘Job’ Berlakon, Bapa Zahirah Macwilson Tak Malu Jual Baja
Rindu Zahirah dan Isaac
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Zainol, 63, yang kini menetap di Perlis meluahkan rasa rindu terhadap Zahirah yang tinggal di Kuala Lumpur.
Menurut pemilik nama Zainol Mohd Johari Macwilson, dia belum berpeluang untuk berjumpa dengan Zahirah dan cucu lelakinya, Isaac Raees sejak mereka pulang dari Perth Australia pada Mac lalu.
It’s okey kak, papa belum dapat berjumpa dengan kakak dan cucu papa yang comel tu! Dapat tengok kakak kat poster telefon terbaru dekat merata kedai telefon, terubat juga rindu papa. Sayang kak.
Dalam pada itu, pelakon drama Curi-Curi Cinta itu turut meninggalkan komen di hantaran tersebut dengan berjanji mereka akan berjumpa tidak lama lagi.
Moga Covid ni lenyap dari bumi
Ruangan akaun media sosial itu dibanjiri dengan komen-komen wargamaya yang turut merasai perasaan sama. Rata-ratanya meluahkan rasa rindu terhadap orang tua mereka di kampung.
Malah, segelintir pengguna berharap agar ada berita gembira yang akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi.
Sumber: Instagram @zainolmacwilson