Ramai yang ternanti wajah pasangan anak selebriti popular, Haris dan Neelofa selepas kedua-dua mereka masih belum berkongsi foto Muhammad Bilal.
Artikel Berkaitan: Rasa Macam Terkurung Ketika Berpantang, Neelofa Minta Pandangan Dari Orang Ramai
Artikel Berkaitan: ‘Kena Duduk Di Rumah, Neelofa Ingat Berpantang Seronok’ – Noor Kartini
Bukan tak nak tunjuk
View this post on Instagram
Menjawab soalan popular itu ketika menghadiri program MeleTOP, Haris atau dikenali dengan Pencetus Ummah (PU) Riz berkata dia dan Neelofa tidak menyembunyikan wajah anak tetapi berjaga-jaga dengan penyakit ain.
Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir.. Saya jawab dengan hadis yang antaranya menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan.
Ramai yang tengok, saya takut la. Saya baru tau bila anak sakit, bapa boleh jadi mental.
Nama pilihan bersama
Dalam pada itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa menyatakan nama Muhammad Bilal adalah pilihan mereka bersama.
Nama Muhammad Bilal diambil dengan pilihan dan keputusan bersama. Saya dalam banyak kisah pergi ceramah, Bilal ni buat menangis dengar.
Jadi kami ambil berkat moga (Bilal) jadi anak soleh.
Bekas hos program MeleTOP ini baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber: Youtube MeleTOP