berita

Belum Launch Tapi Orang Dah Kecoh Tentang Samsung Galaxy S10. Best Sangat Ke?

February 18th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Saban tahun jenama smartphone terkemuka pasti akan berlumba-lumba mengeluarkan model smartphone terbaru yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik dan futuristik.

Hasil pemerhatian kami, Samsung Galaxy 10 nampak menonjol berbanding jenama yang lain kerana ada banyak ciri-ciri baru yang diperkenalkan dan juga ada fungsinya yang ditambah baik. Ni ciri best dalam Samsung Galaxy 10 yang admin approved.

1. Bateri yang tahan lama hingga 24 jam!

Korang yang kaki game or sentiasa melekat dengan smartphone, bateri phone selalu jadi musuh utama korang. Yelah, bayangakan kalau korang tengah syok main game, tiba-tiba phone habis bateri tak ke menyirap je rasa.

Haa.. Dengan Samsung Galaxy 10 ni jangka hayat bateri phone korang tahan lebih lama sehingga 24 jam tau! Korang tak perlu sibuk nak cari plug untuk cas telefon atau bawak power bank setiap kali nak keluar.

2. 1 Terra internal storage. Gilerlah!

 

1 terra internal storage! Wei nak simpan apa storage besar ni. Korang yang gamers sukalah. Tapi untuk pasaran Malaysia dengarnya storage yang dipasarkan hanya 512 GB, ni pon dah cukup besar okay! Boleh simpan banyak benda.

3. Berfungsi sebagai pengecas untuk peranti lain

Wow.. Guna smartphone sebagai pengecas? Ini memang rare! Selama ni selain charger, kita guna power bank untuk cas kan? Tapi kali ni Samsung Galaxy 10 boleh bertindak sebagai pengecas dengan teknik “reverse charging“.

Kalau korang pair kan dengan Galaxy Buds (akan dilancarkan nanti) memang ngam sangat weyh!

4. Smartphone pertama yang support Wi-Fi-6!

Nak dapatkan kelajuan yang pantas? Haa.. Samsung Galaxy 10 dilengkapi dengan sistem Wi-Fi 6. Haa.. Dengan sistem Wi-Fi ni sambungan internet korang akan jadi lebih laju!

Kalau korang ada kat tempat yang sesak macam mall ataupun kafe, korang tetap dapat sambungan internet yang pantas. Best kan?

5. Kamera dengan teknologi Augmented Reality (AR)

Wow.. Makin lama makin power la teknologi smartphone ni. Nampaknya Samsung Galaxy 10 ni mendahului jenama lain dengan teknologi AR pada kameranya. Korang boleh edit gambar atau video like a pro gitu. Tak payah nak susah-susah guna PC untuk edit sebab Samsung Galaxy 10 dah ada aplikasi ni.

Tak sabar nak tunggu Samsung Galaxy 10 keluar. Nak kena pre-order ni!

Walaupun Samsung Galaxy 10 tu belum rasmi berada di pasaran. Tapi dengan ciri-ciri yang ni memang admin rasa nak grab satu. Samsung Galaxy 10 ni juga ada 2 model tambahan iaitu Samsung Galaxy S10+ dan Samsung Galaxy S10e.

Untuk korang yang berminat tu, rangkaian Samsung Galaxy 10 ni mempunyai 3 warna utama iaitu hitam, putih dan hijau. Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh boleh terus ke laman rasmi ni.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×