Negara kita baru sahaja kecoh dengan isu membabitkan kesalahan pemasangan Jalur Gemilang pada Kejohanan bola keranjang Malaysia Basketball Association (MABA) baru-baru ini. Masih belum reda dengan perkara itu, MABA sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila jersi yang dipakai pemain dari salah sebuah negeri telah dicetak terbalik dan mula tular di laman media sosial sehingga mengundang kemarahan netizen.
Cetak bendera Perak terbalik
Menerusi satu tweet yang dibuat pengguna Twitter Amar Izzuden itu, dia telah memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan individu memakai jersi pada kejohanan bola keranjang MABA. Bagaimanapun gambar itu nampaknya tidak disenangi netizen apabila bendera negeri Perak yang dicetak pada jersi pemain itu kelihatan terbalik dari bendera asal.
Respon Adibah Noor
Rata-rata netizen di Twitter mula meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, termasuklah selebriti popular tanah air, Adibah Noor.
Malah, menjengah ke ruangan komen, netizen juga mula memberikan pendapat mereka dan menganggap bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan ia merupakan kesalahan yang tidak boleh diterima.
Reaksi netizen
Luar bidang kuasa MABA
Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Setiausaha Agung MABA Sim Sin Heng enggan mengulas isu berkenaan dan berkata ia di luar bidang kuasa persatuan itu. Sebaliknya katanya, ia adalah tanggungjawab pasukan negeri Perak sendiri.
Itu tanggungjawab pasukan Perak kerana semua pasukan membuat jersi sendiri.
Sementara itu menerusi laporan Astro Awani, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How memaklumkan jersi pemain bola keranjang tersebut dicetak terbalik berpunca daripada kesilapan yang tidak disengajakan pembekal.
Beliau malah berkata pemeriksaan dengan penganjur dan jurulatih pasukan mendapati hanya sehelai jersi yang terlibat.
Sumber: Twitter Adibah Noor, Twitter Amar Izzuden, Harian Metro, Astro Awani