berita

Peminat Bantah Ben Affleck Sebagai Batman

August 23rd, 2013 | by Ai
Hollywood

ben-affleck-big

Laman internet hari ini heboh apabila pihak Warner Bros. Pictures telah mengumumkan pelakon kelahiran Amerika Syarikat, Ben Affleck adalah wajah baru Batman untuk filem sekuel Man of Steel yang dijangka ditayangkan pada 2015.

Berita itu bagaimanapun mendapat reaksi yang kurang baik daripada peminat kerana pastinya mereka telah terbiasa melihat karakter Batman dibawakan oleh Christian Bale.

Screen Shot 2013-08-23 at 14.16.23

Menurut Presiden Warner Bros, Greg Silverman, Ben dipilih untuk memegang watak Batman kerana kriteria yang ada pada diri pelakon itu menepati jalan cerita barunya itu.

Kami mahukan pelakon yang mempunyai bakat luar biasa untuk membintangi salah satu watak super hero paling popular dalam komik DC. Dan kami rasa Ben Affleck menepati keperluan kami.

Ben seakan mengimbangi karakter Superman yang dibintangi oleh Henry Cavill. Dia berupaya menzahirkan watak sebagai seorang yang lebih bijak dan berusia dari Clark Kent, seorang yang kuat dan berpengalaman melawan kejahatan namun masih mengekalkan aura menawan di dalam diri Bruce Wayne.

Untuk pengetahuan anda, filem itu bakal diarahkan oleh Zack Snyder namun setakat ini tajuknya masih belum diketahui. Apa pula kata anda? Adakah anda setuju karakter Batman dibawakan oleh Ben Affleck?

Sumber: Facebook Warner Bros. Pictures

SKIP THIS AD ×