Viral di media sosial, pengarah terkenal Syamsul Yusof didakwa sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.
Terbaru, perkara tersebut telah disahkan peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais.
Artikel Berkaitan: Didakwa Tidak Persefahaman, Syamsul Yusof Fail Perceraian Terhadap Ira Kazar?
Artikel Berkaitan: Perkahwinan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Fakta Menarik Buat Pelancong
Artikel Berkaitan: ‘Kahwin Dengan Ira Kazar Untuk Elak Maksiat, Ikut Hukum Allah’ – Syamsul Yusof
Benar
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Azmi berkata, berita viral tersebut benar.
Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin). Permohonan cerai itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Ujar Azmi lagi, Syamsul membuat tindakan tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.
Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka.
Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.
Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.
Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.