berita

Benda Macam Ini Hanya Orang Psiko Saja Buat – Rita Rudaini

May 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Rita-Rudaini11

Nama Rita Rudaini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah, setiap tindak tanduk pelakon jelita ini pasti akan mendapat perhatian media.

Tetapi, baru-baru ini kami dikejutkan dengan berita penyebaran nombor telefon palsu 10 janda berhias membabitkan golongan artis popular di internet, termasuklah Rita sendiri.

Kesal dengan perkara tersebut, Rita tampil dan menyifatkan individu tersebut mempunyai masalah jiwa dan dia turut pelik dengan mentaliti sesetengah orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain.

Rita

Menerusi laporan Harian Metro, Rita berkata penyebaran maklumat palsu bukan sahaja mengaibkan dirinya dan rakan lain malah ia boleh mengelirukan sesetengah pihak.

Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class (kelas bawahan).

Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya. Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul.

Selain Rita, antara pelakon lain yang turut terkena perkara sama adalah Erra Fazira, Nora Danish, Sarimah Ibrahim, Maya Karin, Jasmin Hamid, Nabila Huda, Noniswara dan Fauziah Latiff.

Apapun, kami harap aktres-aktres ini tabah dan semoga penyebaran nombor telefon palsu ini dapat dibanteras secepat mungkin.

SKIP THIS AD ×