berita

Benda Yang Selalu Sedondon Bila Hari Raya. Korang Macam Ni Juga Ke?

May 30th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Sedar tak sedar dah seminggu lebih kita berpuasa. Kejap je kan rasa? Walaupun berpuasa, persiapan raya jangan dilupakan ya. Korang punya persiapan raya macam mana tahun ni? Dah lengkap ke semua?  Ke korang tak prepare lagi?

Tapi korang tau tak, orang cakap kalau nak raya lagi meriah, korang kenalah sedondon masa hari raya tu. Haa… Ni kami senarai perkara yang wajib sedondon di Hari Raya. Pernah cuba tak?

Baju raya sedondon satu famili.

Baju raya sedondon ni dah macam perkara wajib. Terutamanya masa first day raya. Lagi meriah kalau satu famili besar pakai baju raya sedondon. Pak cik, mak cik, sepupu, atuk dengan nenek semua pakai warna yang sama. Nampak cantik je kalau ambil gambar kan?

Paling pening semestinya, masa nak pilih warna apa yang nak digayakan pagi raya tu. Yelah, kadang-kadang famili Mak Su nak warna ungu, famili Pak Lang nak warna hijau. Mak korang nak warna merah.  Gaduh macam mana pun pilih warna apa nak pakai yang penting, pagi raya semua warna sama je.

Langsir dan kusyen warna sedondon.

Hmm.. Kadang-kadang rasa macam tak masuk akal pula, kalau semua ni sedondon, mungkin nak jimat wang beli kain satu warna saja agaknya.

Tapi korang jangan tak percaya pula tau, ada mak-mak yang suka warna-warna sedondon ni. Kalau sarung kusyen dengan langsir mungkin okay lagi. Tapi kalau dah sampai baju raya pon sama warna, dah macam terlebih pula kan?

Kalau mak-mak korang pula macam mana? Diorang minat tak sedondon semua barang ni?

Bekas kuih raya sedondon atas meja.

Korang pernah tak kena membebel dengan mak korang kalau tak susun bekas kuih raya ikut susunan. Ikut susunan mak korang, bukan susunan korang tau.

Biasanya mak-mak ni, diorang teliti sangat dengan bekas kuih raya tu. Diorang nak susun ikut saiz, lepas tu ketinggian.

Korang pula jangan buat perangai lepas dah makan kuih raya tak tahu nak susun semula bekas tu. Haa.. kalau macam ni, korang memang cari masalah sendiri.

Kasut raya sedondon ikut trend.

Hmmm.. ni biasanya terjadi kat kaum Adam, sebab diorang ni suka pakai kasut raya yang simple and selesa. Dan kadang-kadang kalau pergi masjid nak sembahyang raya, korang boleh tengok dekat bahagian tempat letak kasut lelaki. Kasut diorang ni kebanyakkannya lebih kurang je.

Dengar cerita, capal yang Tun M pakai hari tu viral, mesti ramai yang beli kan? Pastikan tak tertukar tau, masa pergi masjid nanti. Kalau tak, kaki ayam la balik.

Lainlah perempuan, kasut diorang ni macam-macam gaya, kadang-kadang nak jumpa orang yang pakai kasut yang sama memang susah.

Raya Sedondon dengan pakej Telefon Sedondon daripada U Mobile.

Korang ingat raya ni setakat pakaian dengan perkakasan rumah je nak sedondon. Why not, raya ni korang sedondonkan telefon korang dengan pelan data yang baru daripada U Mobile

Alang-alang tu ajak sekali kakak, abang dan suami tercinta untuk sedondon dengan pakej baru daripada U Mobile ni . Haa.. tak pun belikan untuk mak dan ayah korang. Cute je sodondon phone time raya. Ini baru onz

Raya ni lah masa nak tukar baru macam-macam benda, dengan pelan baru U Mobile ni, diorang tawarkan iPhone 6s Plus  dengan harga serendah RM 899 (pelanggan asal) dan RM 999 (pelanggan baru). Nak tahu macam mana?

Langgan pelan Unlimited Hero P99 daripada U Mobile.

Kalau beli smartphone baru, pastu pakai pelan yang best barulah syok kan? Haaa.. Sebab tu lah U Mobile perkenalkan pakej #TelefonSedondon ni.  Syarat dia, korang just kena langgan pakej Unlimited Hero P99.

Time raya ni dengan iPhone 6s 32GB baru, boleh la layan semua drama dengan movie raya pada screen phone korang saja. Dengan 5.5″ Retina HD display. Syok la korang, nak layan movie nanti.

Dengan pakej ni korang boleh dapat banyak benefit tau. Antara benefit nya:

  • Kelajuan penuh internet
  • Data pantas tanpa had
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Percuma hot-spot mudah alih.

Wow! Berbaloikan pakej ni. So, korang tunggu apa lagi, kalau nak beraya dengan phone baru bertukarlah kepada U Mobile. Jom beraya dengan #TelefonSedondon untuk pengalaman hari raya yang pasti menggembirakan.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×