Di Indonesia, seorang wanita tergamak menekap seterika panas di tubuh anak tiri sebelum bertolak ke sekolah.
Artikel Berkaitan: Melecur Hampir Seluruh Badan, Pembantu Rumah Disyaki Dipukul & Dicedera Dengan Seterika
Anak ditekap seterika panas
Memetik laporan Detik Sumbagsel, ketika kejadian mangsa yang berusia 10 tahun itu sedang menukar uniform sekolah. Suspek yang sedang menggosok baju secara tiba-tiba menekap seterika panas ke badan anaknya sehingga melecur.
Menurut Ketua Polis Siasatan iaitu Septa Badoyo, motif pelaku bertindak sedemikian disebabkan keluarga mereka mengalami masalah ekonomi di mana wang bulanan yang diberikan oleh suaminya tidak mencukupi untuk perbelanjaan seharian.
Suaminya memberi wang kepada pelaku. Namun, ia hanya cukup untuk membayar ansuran bank dan koperasi, itu tidak mencukupi.
Kewajipan yang perlu dibayar setiap bulan adalah 8 Juta Rupiah (RM2439.61) dan suaminya dapat menunaikannya setiap bulan hanya 4 juta Rupiah (RM1219.80).
Tambah ketua polis lagi, pelaku yang dikenali sebagai ibu tiri mangsa bertindak melepaskan kemarahannya terhadap anaknya kira-kira jam 6.30 pagi pada Isnin lalu.
Pelaku tekap seterika pada badan mangsa di lengan kanan, lengan kiri dan kaki kanan menyebabkan mangsa mengalami kesakitan dan kulit melecur.
Susulan itu, mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Manakala tertuduh telah ditangkap oleh pihak polis dan dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Dalam pada itu, bahan bukti yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi mencederakan mangsa turut dirampas bagi membantu siasatan.
Sumber: Detik Sumbagsel