berita

Bengang Tak Dibenarkan Buat Penggambaran Di Rumah Sendiri, Amar Baharin Persoal Mana Hak Mutlak Pemilik

May 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Instagram, pelakon, Amar Baharin turut berkongsi masalah yang dihadapi olehnya dengan pihak perumahan. Menurut Amar, pihak pengurusan atau Joint Managment Body (JMB) di kawasan rumah miliknya yang terletak di kawasan Semenyih sengaja mencari masalah apabila dia tidak dibenarkan melakukan aktiviti penggambaran di premis sendiri.

Saya pemilik mutlak

Saya pemilik mutlak rumah itu namun tidak menetap sepenuhnya di situ disebabkan lebih banyak kerja di Kuala Lumpur dan menetap di rumah saya di sana. Sebagai pelakon saya sering menggunakan kediaman sendiri untuk penggambaran dan saya akur setiap aktiviti keluar masuk di rumah memerlukan kebenaran pihak pengurusan. Tetapi baru-baru ini saya didatangi oleh wakil dari JMB dan meminta bukti kebenaran penggambaran di rumah saya. Wakil saya telah berhubung dengan pihak pengurusan dan mengesahkan kebenaran tetapi JMB tidak berpuas hati dan cuba mencari salah saya.

Menerusi posting yang dimuat naik, Amar mempersoalkan mengenai hal dirinya selaku pemilik rumah berkenaan. Menurut Amar, tindakan yang dilakukan terhadapnya itu merupakan satu perbuatan ‘gila kuasa’ pihak berkenaan. Tambah Amar, setiap individu perlu menjalinkan hubungan yang baik dalam kalangan jiran dan bukan hanya mencari masalah apabila diberi kuasa.

Hasil titik peluh sendiri

Apa guna saya sebagai pelakon membeli rumah di kawasan yang tidak dibenarkan untuk buat penggambaran sedangkan itu kerjaya saya dan saya beli rumah tersebut hasil titik peluh sendiri. JMB ni bila ada kuasa setahun dah lupa diri. Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar.

Ujar Amar lagi, dia berasa rumah yang dibeli itu bukan sepenuh miliknya. Ini kerana, ramai yang ingin ambil tahu mengenai hal rumahnya.

Sumber: Amar Baharin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×