berita

Berang Anak Malas Menyapu & Basuh Baju, Ibu Naik Angin Siram Dengan Air Panas Sampai Muka Melecur

June 16th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Foto: Tribune News

Seorang ibu nekad menyiram anaknya yang berusia sembilan tahun dengan menggunakan air panas sehingga menyebabkan muka anaknya itu melecur teruk.

Artikel Berkaitan: Emosi Ibu Tidak Menentu & Selalu Marah-Marah, Lepas Buat Siasatan Rupa-Rupanya…

Berang anak malas buat kerja rumah

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Kompas, kejadian yang berlaku di Sumatera Barat Indonesia itu disebabkan oleh si ibu yang berusia 37 tahun berang dengan anaknya yang dikatakan malas membuat kerja rumah seperti menyapu dan membasuh baju.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pariaman, AKP M Arvi, penderaan yang dilakukan si ibu itu difahamkan berlaku ketika bapa kepada mangsa keluar pergi bekerja.

Mangsa sudah lama didera. Perbuatan itu selalunya akan dilakukan ketika ketiadaan bapa mangsa tiada di rumah iaitu sewaktu dia pergi bekerja.

Kini, suspek sudah pun ditahan pihak polis dan akan disiasat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Sekiranya didapati bersalah, ibu mangsa boleh berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun.

Sumber: Kompas.com

SKIP THIS AD ×