berita

Berang Dapat Kebab Masin, Lelaki Tergamak Tembak Cef Dengan 4 Das Tembakan

April 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara menyediakan makanan yang dikatakan terlalu masin, seorang cef di sebuah restoran telah ditembak dengan empat das tembakan oleh seorang lelaki di Itali.

Tindakan luar kawalan

Foto: The Sun

Memetik laporan The Sun, suspek yang dikenali sebagai Federico Pecorale dikatakan meluru masuk ke dalam restoran Casa Rusti di Bandar Pescara dan mendakwa kebab yang dipesan dimasak terlalu masin. Suspek dipercayai bertelagah dengan cef restoran tersebut, Yelfri Guzman sebelum bertindak menembak mangsa dengan empat das tembakan.

Bagaimanapun suspek bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian dan cuba bersembunyi di rumah saudaranya sebelum ditahan ketika cuba melarikan diri ke bahagian utara bandar. Menerusi satu laporan yang lain, suspek menerima pencen hilang upaya selepas terlibat kemalangan kereta ketika berusia 19 tahun dan perkara tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan otak yang serius.

Ujar peguam Federico, Florenzo Coletti menjelaskan anak guamnya sering kali membawa pistol bersamanya berikutan sering diejek kerana kecacatan tersebut dan mangsa kini menjalani pembedahan dan sedang dirawat di hospital.

Saya tidak faham kenapa dia tiba-tiba mengamuk sedangkan dia yang meminta agar kebab dimasak dengan lebih rasa masin.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×