Gambar sekadar hiasan
Gara-gara tidak berpuas hati kerana diberi RM100 oleh isteri, seorang penganggur bertindak menjerut leher dan menutup mulut wanita itu sehingga tidak sedarkan diri.
Artikel Berkaitan: Berang Isteri Minta Cerai, Lelaki Nekad Jerut Leher Isteri Guna Tali
Artikel Berkiatan: Warga Emas Ditemui Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut, Kaki & Tangan Diikat
Permintaan tidak ditunaikan
Memetik laporan Sinar Harian, insiden tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Kim Kee, Muar pada jam 12.30 malam Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek tergamak bertindak ganas kerana berang mangsa tidak memberikan sejumlah wang seperti yang diminta lalu mencuba untuk membunuh isterinya.
Suspek kemudian telah melarikan diri apabila mangsa tersedar selepas tampar oleh suspek. Mangsa kemudiannya telah ke balai polis untuk membuat laporan.
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan dirawat sebagai pesakit luar.
Susulan itu, polis berjaya memberkas suspek dan mendapati ujian air kencing lelaki berusia 33 tahun itu adalah negatif. Suspek kemudian direman selama lima hari untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, difahamkan pasangan tersebut juga sedang menjalani proses perceraian.
Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Sumber: Sinar Harian