berita

Berang Disuruh Pakai Kondom Ketika Seks, Lelaki Cekik ‘Blind Date’ Sampai Mati

July 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

 

Di Indonesia, seorang wanita dibunuh gara-gara meminta lelaki yang baharu dikenalinya menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nampak Tompok Darah Pada Pakaian, Abang Bunuh Adik Kerana Sangka Buat Hubungan Seks

Dicekik sampai mati

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Detiknews, mangsa yang bekerja sebagai pelayan seks pada awalnya dipercayai bertemu dan berbual-bual dengan suspek bernama Misran, 25, sebelum bersetuju untuk melakukan hubungan seks pada hari kejadian.

Menurut pegawai polis Indonesia, suspek yang berang dengan permintaan itu bertindak mencekik mangsa sehingga maut.

Pada mulanya, suspek datang berbual dengan mangsa dan serta-merta bersetuju melakukan perhubungan tersebut.

Selepas masuk ke dalam bilik, mangsa menyuruh Misran menggunakan kondom, namun permintaan tersebut ditolak pada awalnya.

Namun selepas menggunakan kondom seperti yang diminta, suspek difahamkan tiba-tiba menanggalkannya sendiri, seterusnya menimbulkan kekecohan.

Suspek dipercayai telah menumbuk rahang, mencekik dan membunuh mangsa hingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Misran kemudiannya ditemui pihak polis selepas bersembunyi hampir dua jam di dalam hutan dan kini berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TERANG MEDIA (@terang_media)

Sumber: detiknews, Instagram

SKIP THIS AD ×