Seorang pengawal keselamatan berusia 30 tahun ditahan pihak polis di Thane, India selepas membunuh adik perempuannya yang berusia 12 tahun.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Hutang Pelacur RM4.35, Pelanggan Parah Ditikam Di Bahagian Kemaluan
Sangka adik buat hubungan seks tapi rupanya datang bulan
Memetik laporan The Times of India, kejadian tersebut berlaku kerana suspek menyangka adiknya membuat hubungan seks dengan seseorang.
Menurut pihak polis Thane, suspek berbuat demikian selepas melihat tompokan darah pada pakaian adiknya yang merupakan darah haid si mangsa.
Si abang melihat kesan darah pada pakaian adiknya dan mula meragui bahawa gadis itu sedang menjalinkan hubungan intim dengan seseorang.
Mangsa bagaimanapun tidak mempunyai pengetahuan tentang kitaran haid dan apabila abangnya menanyakan tentang kesan darah, dia tidak dapat menjelaskannya kerana sudah tidak bernyawa.
Mangsa yang parah kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun gagal diselamatkan kerana mengalami cedera parah pada bahagian badan.
Hasil siasatan, tertuduh didapati mencederakan adiknya dengan menggunakan penyepit panas sehingga meninggalkan kesan lecur yang teruk pada badan si mangsa.
Sumber: The Times Of India