
Gambar Sekadar Hiasan
Gara-gara berang dimarahi, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak untuk membakar bapanya kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2 Faridabad, India, pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Anak Bun*h Ibu Dengan Kapak Sebab Tak Belikan Motosikal Baru, Heret May*t Dalam Rumah Kosong
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee Kongsi Momen Cemas Dewan Kahwin Dipecah Masuk, Pencuri Tinggalkan Lori Tepi Jalan – ‘Ada Cap Jari, Polis Masih Siasat’
Terdengar jeritan

Gambar Sekadar Hiasan
Menurut laporan polis, pemilik rumah sewa, Riyazuddin tersedar selepas terdengar jeritan mangsa, Mohammad Aleem, 55, sekitar jam 2 pagi.
Ketika saya cuba pergi ke teres, tempat tinggal di mana Aleem tinggal bersama anaknya, pintunya dikunci dari luar.
Dengan bantuan jiran, saya berjaya sampai ke teres dan melihat bilik itu terbakar. Aleem menjerit kesakitan dari dalam.
Difahamkan, Aleem meninggal dunia di tempat kejadian akibat melecur teruk.
Sementara itu, Riyazuddin mendakwa suspek melarikan diri dengan terjun ke rumah orang lain.
Menurut seorang pegawai kanan polis, sebelum kejadian ngeri itu berlaku, mangsa telah berjumpa dengan anaknya untuk menegur kesalahan yang dibuat.
Pun begitu, anaknya yang berada dalam keadaan marah menyimbah bahan mudah terbakar ke atas bapanya dan kemudian menyalakan api.
Dia kemudian menyalakan api untuk membakarnya.
Suspek ditahan

Gambar Sekadar Hiasan
Pihak polis telah menahan remaja terbabit dan sedang melakukan soal siasat ke atasnya.
Aleem yang merupakan anak jati Mirzapur Uttar Pradesh, datang bersama anaknya ke Faridabad untuk menyewa bilik di kawasan itu pada September tahun lalu.
Sebelum ini, Aleem juga pernah membuat kerja mengumpul derma untuk tempat ibadat dan menjual kelambu serta barangan lain di pasar mingguan.
Isterinya meninggal dunia beberapa tahun lalu dan empat anaknya yang sudah berkahwin tinggal berasingan.
Sumber: NDTV