berita

Berang Isteri Curang, Suami Tetak Teman Lelaki Isteri Guna Sabit

October 31st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki di Pamekasan, Indonesia telah ditahan polis kerana menetak teman lelaki isterinya menggunakan sabit.

Artikel Berkaitan: Suami Nak Buat ‘Surprise’ Selepas Balik Kursus, Isteri Pangkat Doktor Kantoi Curang Dengan Pelajar Universiti

Artikel Berkaitan: Berang Dimadukan, Suami Sepakat Dengan Anak Tetak Isteri Sampai Mati

Isteri curang

Menerusi laporan Okezone, suspek bertindak sedemikian kerana berang selepas mendapati mereka berdua-duaan di dalam bilik.

Suspek sakit hati selepas mengetahui isterinya dan mangsa berada dalam bilik yang sama (disyaki mempunyai hubungan sulit), lalu suspek menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

Mangsa pada awalnya sempat melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Pamekasan, Asisten Komisioner Besar Polis Satria Permana, suspek kemudian mengejar mangsa sehingga dia akhirnya menetak mangsa menggunakan sabit.

Ia mengenai bahagian punggung dan peha mangsa menyebabkan mangsa jatuh berlumuran darah. Selepas melihat mangsa tidak berdaya, suspek meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Disebabkan itu, suspek telah ditahan polis selain beberapa barang bukti seperti baju mangsa dan sebilah sabit yang digunakan suspek telah dirampas.

Sumber: Okezone

SKIP THIS AD ×