Gambar sekadar hiasan
Disebabkan marah kerana teman wanita tidak mengendahkannya, seorang lelaki warga Singapura sanggup mengacukan pisau pada leher teman wanitanya dan mengugut untuk menghiris serta mencincangnya
Artikel Berkaitan: Lelaki Sanggup Bunuh Sahabat Baik Kerana Cinta Tiga Segi
Artikel Berkaitan: Anak Tikam Ibu Kandung Berkali-Kali Angkara Dendam
Mahu beri pengajaran
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Mothership, suspek Muhammad Anuar Aman, 37, bertindak sebegitu kerana mahu memberi pengajaran kepada teman wanitanya, 29, yang bersikap ‘kurang ajar’.
Kejadian berlaku selepas mangsa tidak mengendahkan Anuar ketika dia bercakap dengannya.
Anuar kemudian menampar muka mangsa dan masuk ke dapur sambil membawa keluar sebilah pisau pencincang sepanjang 28 sentimeter lalu mengacukan senjata tajam itu pada leher mangsa serta mengugut untuk menetak lehernya.
Isteri suspek terpaksa campur tangan untuk menyelamatkan situasi tegang itu dengan menolak suaminya sebelum lelaki itu bertindak keluar dari rumah.
Dua hari kemudian, mangsa menceritakan kejadian tersebut kepada seorang pekerja sosial dan dia terus menghubungi talian kecemasan polis untuk memaklumkan pihak berkuasa bahawa Anuar menampar anak guamnya dan mengugutnya dengan pisau.
Sementara itu, suspek telah ditahan dan hadir ke mahkamah pada 10 Nov melalui pautan video dari tempat remannya dan bercakap melalui jurubahasa Melayu.
Dia merayu agar hukumannya dilonggarkan dan mendakwa bahawa dia menyesali perbuatannya dan tidak akan mengulanginya.
Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara antara tujuh dan sembilan minggu, menekankan penggunaan senjata dan pengakuan bersalah Anuar.
Sumber: Mothership