berita

Berani Betul Dia Meragut Walaupun Kat Depan Ada Roadblock

January 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dua individu berjaya diberkas oleh orang awam kerana dipercayai memecahkan cermin kereta sebuah kenderaan dan meragut sebuah beg yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Apa Pun Tak Ada, Tolong…’

Di Facebook, seorang pengguna yang dikenali sebagai Ahmad Ruzaini Rosdi, berkongsi sebuah video berhubung kedua-dua peragut tersebut yang tumpas di Plaza Tol Gombak, semalam.

Pemandu treler bertindak pantas

Selepas berjaya meragut, suspek cuba melawan arus namun seorang pemandu treler pantas bertindak dengan membuka pintu dan menyebabkan motor suspek terbabas. Kemudian suspek cuba melarikan diri ke seberang jalan, akhirnya berjaya dikejar.

Menerusi laporan Asal Gombak, kedua-dua peragut tersebut dipercayai berani melakukan perbuatan tersebut meskipun, terdapat sekatan jalan raya di hadapan mereka.

Jelas laporan itu juga, kedua-dua peragut tersebut didakwa melawan arus selepas melakukan aktiviti itu. Mujur, seorang pemandu treler telah bertindak membuka pintunya sehingga menyebabkan kedua-dua perompak itu terbabas di seberang jalan.

Semoga Allah beri hikmah

Menerusi video berdurasi 0.37 saat, beberapa orang awam kelihatan bergelut sewaktu menangkap peragut tersebut. Kedua-dua perompak itu juga kelihatan tidak melawan dan seolah akur dengan kesalahan yang dilakukan.

Sumber: Ahmad Ruzaini Rosdi & Asal Gombak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×