Masa kecil dulu, sesi pemberian duit raya adalah masa yang paling ditunggu-tunggu bila beraya rumah orang. Tak khusyuk jamah kuih, mata tu melilau kalau tuan rumah dah pegang sampul raya. Bila dipanggil je, kelam-kabut semua beratur nak kutip duit raya!
Itu dulu, sekarang admin yakin korang semua dah besar. Ada yang dah masuk universiti malah ada yang dah bekerja pun. Haa, bila dah bekerja ni, mesti tergerak hati nak bagi duit raya dekat anak buah dan anak-anak jiran kan?
Bagi korang yang first time nak bagi duit raya tahun ni, berapa ringgit korang bagi? Siapa je yang dapat? Soalan-soalan ni dan beberapa lagi soalan yang admin listkan kat bawah ni mesti terlintas dalam fikiran korang kan? Yelah, first time nak bagi duit raya katanya…
1. Berapa nak bagi eh?
Jumlah pemberian sebenarnya tak ditetapkan dan terpulang pada korang. Biasanya, RM5-RM10 pun dah cukup. Kalau korang ada bajet lebih, bagi lebih sikit contohnya RM20. Terpulanglah, janji ikhlas!
Admin pun ada tanya kawan-kawan office, rata-ratanya akan bagi RM5-RM10 mengikut bajet masing-masing. Okay kan?
2. Nak bagi siapa je ni? Patut ke bagi semua?
Biasanya, kita akan bagi pada mereka yang kecil sehinggalah yang bersekolah sebab mereka memerlukan duit untuk beli buku, barang keperluan dan sebagainya. Ada juga yang suka beri had umur, maksimum 12 tahun. Tu semua terpulang…
Malah, zaman sekarang ni, ada juga jenis yang bagi duit raya pada mereka yang dah menuntut di universiti. Katanya, mereka lebih banyak memerlukan duit… Ada juga yang bagi pada ibu bapa, tapi jumlahnya lagi besar. Sekali lagi admin cakap, tu semua terpulang.
3. Bila & macam mana nak bagi?
Duit raya biasanya akan diberikan sebelum kanak-kanak atau tetamu balik. Tapi, make sure diorang jamah sikit kuih, paling tidak minum air. Beratur elok-elok, salam dengan tuan rumah, baaaru boleh dapat duit raya!
Kalau korang bagi masa diorang datang, ditakuti nanti terus capai selipar dan balik. Tak sempat nak duduk! Yelah, janji dapat duit raya kan?
Lagi cool kalau korang bagi ‘e-Duit raya’ guna aplikasi. Yelah, zaman sekarang ni dah makin maju, banyak aplikasi perbankan juga dah memperkenalkan fungsi hebat ni. Barulah korang digelar ‘pakcik yang cool‘ raya kali ni sebab bagi ‘e-Duit raya’!
4. Cukup ke tak eh apa yang aku bagi tadi?
Sekali lagi admin pesan, nak bagi duit raya biarlah mengikut kemampuan dan ikhlas. Cukup atau tak itu terpulang pada penerima. Mereka yang akan memanfaatkan duit tu nanti. Lagi pun, bukan dia raya rumah korang je. Banyak lagi rumah diorang singgah!
5. Nasib kakak kau lawa, pokai pun pokailah
Haa, siapa fikir macam ni baik lupakan! Bagi duit raya bukan sebab ikhlas, sebab kakak dia lawa. Bagi pun bukan RM1-RM2, paling-paling RM10! Yelah, nanti budak tu balik mesti dia cerita dengan kakak dia korang bagi duit raya banyak kan? Hahaha!
6. Nak bagi ke tak eh?
Pada yang terfikir macam ni, ada baiknya korang ikhlaskan hati sempena raya. Bagi je, tak luak pun duit tu, insyaAllah ada rezeki lain. Bagi admin, kalau terdetik soalan macam ni, mesti budak tu buat perangai kat rumah korang kan?
Silap-silap budak tu pecahkan pasu, tak pun tumpahkan air, lauk, tabur kuih raya dan macam-macam lagi. Sebab tu tanya diri sendiri balik nak bagi ke tak kan? Kahkah!
7. Bagi RM5 kat budak ni, berapa lama dia boleh happy?
Bagi sesetengah kanak-kanak, berapa pun jumlah duit raya yang korang bagi, diorang tak berapa kisah. Janji, diorang dapat duit raya. Lepas dapat duit raya, mesti diorang tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Nampak kan diorang happy?
Lagi happy bila diorang beraya 5-6 buah rumah dalam sehari, setiap rumah hulur duit raya. Kumpul-kumpul nanti dapat banyak juga kan?
8. Budak ni anak siapa? Tak pernah nampak pun…
Sedang korang hulur duit raya, tiba-tiba korang perasan ada sorang budak ni korang tak kenal. Apa nak buat? Bagi ke tak? Bagi je lah… Ikhlaskan diri, dapat pahala. Sambil-sambil tu korang bermesralah sikit dengan dia, tanya duduk mana, anak siapa apa semua…
Raya kali ni, kita bagi duit raya secara online je dengan aplikasi Maybank!
Apa kata tahun ni kita bertukar cara bagi duit raya kepada cara yang lebih canggih dengan aplikasi Maybank melalui kempen Raya Returns? Malah, korang juga akan dapat pulangan tunai bermula sekarang hingga 15 Julai kalau korang manfaatkan ciri hebat dari Maybank ni tau!
Ada dua cara korang boleh bagi duit raya secara online dengan aplikasi Maybank iaitu:-
- e-Duit Raya
Dengan Maybank e-Wallet (MAE) dalam aplikasi Maybank, korang boleh bagi duit raya kepada sesiapa pun, walaupun penerima bukan pelanggan Maybank. Diorang cuma perlu download aplikasi Maybank dan daftar akaun MAE. - MyRaya QR
Cara ni paling mudah, korang hanya perlu scan kod QR penerima di aplikasi Maybank diorang untuk bagi duit raya. Duit tu pulak terus masuk dalam akaun sekelip mata, senang kan?
Untuk pengetahuan korang, pemberi duit raya juga berpeluang untuk menerima pulangan tunai dari Maybank kalau korang melakukan 2 transaksi di atas. Pulangan tunai tu akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemberi. Bestnya!
Bukan tu je, korang juga berpeluang untuk mendermakan wang kepada yang memerlukan melalui Maybank Heart. Masa nilah kita nak memberi kepada mereka yang betul-betul memerlukan!
Untuk yang belum ada akaun Maybank:
Tunggu apa lagi? Jom download aplikasi Maybank dan daftar akaun MAE dengan memilih logo MAE.
Untuk pelanggan Maybank:
Pilih ‘Apply Online’ di butang ‘hamburger’ dan tekan ‘Create My Amazing E-Wallet’ untuk memulakan pendaftaran MAE. Ada baaanyak e-Duit raya dari Maybank menanti korang tau!
Lagi banyak korang beri duit raya kepada senarai kenalan dan lagi banyak pendaftaran akaun MAE dibuat oleh mereka untuk menerima duit raya, lagi baaanyak pulangan tunai menanti korang semua tau!
Malah, bukan pemberi je bakal menerima pulangan tunai bila korang beri duit raya, setiap pendaftar akaun MAE yang baru juga boleh dapat ganjaran tunai melalui Money MAE-hem bila mereka mendaftar akaun MAE tau!
Jangan lupa suruh kawan-kawan yang belum ada akaun MAE untuk letak referral code korang bila mereka daftar akaun MAE supaya korang dapat ganjaran yang lebih banyak!
Jom bagi duit raya kepada kenalan, kanak-kanak dan tetamu yang datang rumah korang raya kali ni secara online. Jadi, tak adalah sampul raya bersepah depan rumah!
Selamat Hari Raya!