berita

‘Berapa Ramai Lagi, Jiwa para Isteri Hendak Dikorbankan?’ – Netizen Tegur Isu Penceramah Bebas Kahwin Dua

November 26th, 2019 | by faris
Kini Trending

Lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin dan pelindung kepada kaum Hawa. Namun, tidak semua mampu menggalas tanggungjawab berkenaan dan menganiaya pasangan masing-masing. Seorang netizen mendedahkan sebab dia membongkar tindakannya memuatnaik status mengenai status rumah tangga seorang pendakwah bebas baru-baru ini.

Pengajaran untuk wanita

Teman-teman seperjuangan yang di muliakan Allah semuanya. Saya jawab mesej anda disini.

Kenapa Ches Al-Maliki berkeras untuk tidak delete posting Encik F?

• Nak jual insurans lah tu ..
• Nak Follower ramai lah tu..
• Nak Populariti. Bajet Perjuangkan Wanita.

Apapun anda lontarkan. Saya sudah padam apa yang boleh di padam. Namun perkongsian ini agar penceramah begini tak senang-senang gunakan agama untuk kepentingan peribadi. Pengajaran untuk wanita di luar sana bangkit pertahankan diri sendiri yang dianiaya.

1. Apa yang dilakukan beliau itu, menampakkan bahawasannya, wanita itu tiada nilai. Wanita itu diperlakukan seperti boneka, tiada perasaan. ”Wanita tidak boleh membantah. Wanita jangan berani-berani untuk tidak bersetuju dengan tindakan suami, nanti masuk zon derhaka ”

2. Wanita dimomokkan dengan benda-benda seperti ini. Nusyuz, derhaka, neraka, sekiranya menyanggahi hasrat sang suami.
Ianya telah menjadi TREND dalam masyarakat muslim. Kita berpekik berkata wanita dalam islam diletakkan di level yang tinggi. Tetapi kita tidak sanggup mengkritik perbuatan zalim

Menceritakan kesakitan ummah, itu akan dilabel sebagai membuka aib. Itu namanya tidak Syarie. Itu namanya, menempah neraka.

Berikan dan tunjukkan saya, dimana hari ini Arrijal Aqwaamun ala’ nisa? Dimana?

Siapa perlu dijadikan rujukan, buat wanita-wanita yang diperlakukan seperti ini? Kepada siapa hendak di luahkan? Sampai bila kita mahu isu seperti ini terus-terusan menyakiti wanita?

Wanita terpaksa bersuara atas kapasiti kaum sendiri, kerana saya tidak melihat mana-mana kaum lelaki serious dalam memperjuangkan hak wanita.

Apa lelaki buat semua sunnah

Sekiranya bercakap sikit. Kejap lagi dicakap AIB. Tapi apa yang lelaki buat semuanya SUNNAH, tiada masalah. Last-last, wanita ditinggalkan dengan ayat begini.
Wanita tu memang ‘Beremosi’. Fikiran pendek.

Status terbuka, perlu di respon secara terbuka. Apple to Apple.

Bagaimana mungkin, kalian tergamak memberi cadangan tak masuk akal, ini? Delete status? Sebab nak jaga Aib. Sedarkah anda AIB yang lebih mudarat adalah pada orang yang bercerita soal agama, tapi beliau sendiri tidak jujur pada masyarakat. Ini AIB !

Sekiranya antum, mendakwa saya telah menggunakan emosi keterlaluan, dan tidak berfikir panjang.. dari awal lagi saya dah up perkara ini. Masa mula-mula dulu masa kantoi nikah tu saya akan viralkan. But i’m not!

Kalau masa tu saya up status. Anda boleh label saya sebagai ”Pembuka Aib” keluarga mereka. Sebab tak ada angin, tak ada ribut, saya up status. Daripada orang lain tak tahu jadi tahu. Kalau itu situasinya, memang itu saya sengaja menempah MAUT.

Tapi saya enggan waktu itu. Kerana apabila saya respon waktu itu, ia lebih kepada emosi.
Saya menjaga tahap kewarasan.

Saya cuba pujuk hati macamni ”Dahlah ches, biarlah dorang setel hal rumahtangga sendiri. Doakan kebaikan pada mereka. Lagipun isteri 1, tak kata apa”

Saya menolak dan tidak mahu komen apa-apa, walaupun kita dah sakit mendengar luahan sahabat. Mendengar kesakitan sahabat. Wanita diperlakukan seperti ini. Sensitiviti saya terlalu kuat, kerana telah jumpa ramai isteri yang diperlakukan seperti ni

Tetapi… apabila ia dimuat naik, dan si pelaku masih teruskan lakonan. I need to do something. Dan ini bukan soal kamu seorang sahaja wahai isteri pertama. Ini soal, masyarakat, soal wanita.

Kalau kamu sebagai isteri telah maafkan dia, alhamdulilah. Dia masih suami kamu yang sah.

Kesakitan ummat yang didiamkan

Saya tidak akan memuat naik status seperti ini, sekiranya beliau tidak up secara terbuka kisah ini. Menggunakan caption yang memualkan, mengaburi mata masyarakat. Padahal hakikatnya 360° disebaliknya. Berlapikkan ayat-ayat manis, saya sudah kalis

Sekali lagi saya ingin lontarkan, Aina Rijaluna? Aina? Dimana? Berapa ramai lagi, ”Selebriti TV” seperti ini mahu di lahirkan?

Komen mak sendiri, dipadam. Mak sendiri up status di facebook. Mulanya saya tak tahu tentang ni, tapi orang lain yang maklumkan.

Saya sudah cuci tangan sebenarnya dalam kes ini, sejak haritu lagi. Walaupun dalam keadaan kecewa. Sebab apa kecewa? Sebab saya tahu sahabat saya, menderita dalam redha. Inilah kesakitan-kesakitan ummat yang dipandang enteng.

Dan berapa ramai lagi, jiwa-jiwa para isteri yang hendak dikorbankan? Jika hal ini yang anda definisikan sebagai ”AIB” teruskan wahai ummat..

Wahai sahabat-sahabat,
Ini adalah kesakitan ummat yang telah lama didiamkan. Jika hal ini bukan ‘kesakitan’ pada anda, saya persoalkan dimana deria rasa anda.

Allah hantar aku, dia dan mereka sebagai ujian dan pelajaran.

Saya bersedia untuk berdepan apapun & saya bertanggungjawab atas status ini 100% jika itulah harga yang perlu saya bayar untuk kelantangan suara ini.

Sumber: Ches Al Maliki

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×