berita

‘Berat & Berbau Busuk’ – Jiran Bantu Angkat Tong Dedah Rahsia

March 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang wanita yang didakwa hilang, akhirnya ditemui di dalam sebuah tong air berwarna biru yang di tanam sendiri oleh suaminya di ladang serai. Suspek bagaimanapun telah mengaku membunuh isterinya sendiri menggunakan senapang angin sewaktu mangsa tidur.

Artikel berkaitan: Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut

Artikel berkaitan: Jumpa Surat Fasakh & Nampak Suspek Bawa Keluar Tong Air, Jiran Mangsa Dedah Kejadian Sebenar

Susulan itu, berdasarkan siasatan awal, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor iaitu Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad menerima maklumat daripada jiran mangsa yang turut dipercayai terlibat pada malam kejadian dengan membantu mengangkat tong tersebut ke dalam kenderaan suspek.

Berat dan berbau busuk

Berdasarkan laporan Harian Metro, seorang individu berusia 32 tahun dipercayai jiran suspek telah tampil untuk memberi maklumat berhubung tragedi tersebut. Semasa mengangkat tong air tersebut dia memberitahu jisimnya agak berat dan berbau busuk.

Jiran itu ditahan bagi membantu siasatan selepas dia menyalurkan maklumat mengesyaki wanita yang dikatakan hilang itu berada dalam tong air ketika membantu suspek mengangkat tong terbabit ke kenderaan pacuan empat roda pada jam 4.30 pagi Isnin lalu.

Jiran itu memberitahu tong berkenaan agak berat selain mengeluarkan bau busuk. Maklumat itu membawa kepada pengakuan suspek yang akhirnya menunjukkan lokasi tong itu ditanam. Bagaimanapun, polis juga sedang menyiasat sejauh mana pembabitan jiran berkenaan.

Tiada permit bagi senjata tersebut

Sementara itu, Ketua Polis Johor percaya kes pembunuhan berkenaan bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman tersebut. Malah, pihak polis juga sedang menyiasat dua senjata yang ditemui iaitu senapang angin dan senapang patah dipercayai milik suspek.

Suspek tidak mempunyai permit bagi kedua-dua senjata berkenaan. Kita sedang siasat dari mana senjata itu diperoleh sama ada buatan sendiri atau pun mana-mana sumber dan siasatan mengikut Seksyen 36 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Polis sedang menunggu laporan berkaitan termasuk hasil akhir bedah siasat mangsa serta laporan lain sebelum mengemukakan kertas siasatan kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×