berita

Berat Cecah 280KG Semasa Perintah Berkurung, Lelaki Ini Diisytiharkan Paling Gemuk Di Wuhan

June 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Beijing, China, seorang lelaki berusia 26 tahun dilabel sebagai orang paling gemuk di Wuhan. Ini kerana, berat badannya meningkat secara mendadak sebanyak 100 kilogram (kg) selepas menjalani perintah berkurung selama lima bulan di rumahnya.

Mencecah 280 kilogram

Menerusi Portal Oddity Central, lelaki yang dikenali sebagai Zhou antara penduduk yang dikenakan perintah berkurung sebaik virus itu tercetus di Wuhan. Sebelum perintah berkurung dilaksanakan, Zhou merupakan individu yang menjalani gaya hidup yang agak normal dan menjaga berat badannya meskipun bekerja di kafe tempatan. Namun, semua itu berubah apabila dia banyak menghabiskan waktunya di dalam rumah dan mula menambah berat badan dalam tempoh beberapa bulan sebelum mencecah 280 kilogram.

Kes Zhou antara kes yang mengejutkan masyarakat di China dan seluruh dunia. Menurut doktor yang merawatnya di Hospital Pusat Selatan Universiti Wuhan, Zhou tidak pernah keluar rumah sejak Januari sebelum dimasukkan ke hospital pada 1 Jun lalu. Susulan daripada itu, berat badan yang berlebihan membuatkan dirinya tidak dapat tidur dengan selesa sebelum terpaksa mendapatkan bantuan perubatan.

Kegagalan jantung dan masalah pernafasan

Tambah doktor yang merawat, Zhou sudah meminta bantuan daripada beberapa orang doktor namun, mereka enggan merawatnya. Simpati dengan keadaannya, sebuah pasukan paramedik bertungkus-lumus mengeluarkan Zhou dari rumahnya dan membawanya ke unit rawatan rapi (ICU).

Sewaktu di ICU, ujian awal telah menunjukkan dia mempunyai pelbagai gejala, seperti kegagalan jantung dan masalah pernafasan. Malangnya, beratnya menyukarkan doktor untuk melakukan ujian lain seperti tekanan darah dan elektroensefalogram (EEG). Hampir 10 hari, doktor berusaha menstabilkan keadaan kesihatannya dan doktor mengatakan kegemukan berkenaan disebabkan oleh faktor genetik dan endokrin.

Sumber: Oddity Central

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×