berita

Berbaloi Tiga Bulan Menunggu, Wafariena Berjaya Miliki Kereta Idaman

March 30th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon Wafariena Roslan, berkongsi momen gembira dan rasa bersyukur kerana berjaya memiliki kereta idaman sekali gus merupakan satu pencapaian baru buatnya pada tahun ini.

Artikel Berkaitan: Ibu Wafariena Terkilan Dengan Sikap Iqbal Zulkefli Yang Ingin Publisiti Murahan – Apa Motif Sebenarnya Terus Buat Luahan Dekat IG?

Artikel Berkaitan: Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Ibu Wafariena Beri Tempoh Seminggu Kepada Produksi ‘Lepas Tangan’

Luah rasa teruja

Menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya (IG), pelakon berusia 28 tahun ini teruja serta meluahkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya mengecapi impian.

Turut berkongsi pernah ditipu oleh ajen menjual kenderaan sebanyak dua kali, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini lega akhirnya memilik kereta pertama atas nama sendiri selepas lebih tiga bulan menunggu.

Alhamdulilah. ‘Unlock pencapaian baru.

Terima kasih Ya Allah atas pinjamanMu, terima kasih telah memudahkan segalanya buat Wafa. Terima kasih buat ibu sentiasa doa yang terbaik untuk wafa. Terima kasih abang Adynawari yang telah berusaha sehabis mampu dari A sampai Z . Saya tak mampu berkata.

Tak nak cakap banyak dalam kapsyen, tengok la video sampai habis.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuk rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan rezekinya. Malah, di ruangan komen sama, Wafariena juga turut berterima kasih kepada wargamaya atas ucapan tersebut.

Video

Sumber: Wafarienaroslan

SKIP THIS AD ×