berita

Berbusana Putih-Emas, Syamsul Yusof Dan Sarah Liyana Adakan Majlis Resepsi Pertama

March 31st, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-03-31 at 12.17.50 PM

Umum sedia maklum bahawa majlis resepsi yang dirancang oleh Syamsul Yusof dan Sarah Liyana terpaksa ditangguhkan dek kerana keadaan kesihatan Syamsul yang tidak mengizinkan ketika itu.

Bagaimanapun, OHBULAN! difahamkan bahawa pasangan yang baru sahaja pulang daripada berbulan madu ini telah mengadakan sebuah majlis resepsi pertama secara tertutup di N’dah Catering, Shah Alam pada 29 Mac yang lalu.

Artikel Berkaitan : Syamsul Yusof & Sarah Liyana Bulan Madu Di Pulau Pinang, Bakal Adakan Majlis Persandingan Pada 18 April

Khabarnya, majlis tersebut diadakan khas untuk ahli keluarga dan sahabat handai sebelum mengadakan sebuah lagi majlis pada 18 April ini.

Screen Shot 2014-03-31 at 12.18.15 PMWajah bahagia Syamsul Yusof dan Sarah Liyana

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Love Undefined Photography, pasangan yang memakai busana putih-emas itu tampak bahagia dan serasi bersama.

Screen Shot 2014-03-31 at 12.18.23 PM

Busana putih-emas ala Arab menjadi pilihan pasangan ini

Apakata mari kita lihat wajah pasangan pengantin baru ini  di galeri yang OHBULAN! sediakan khas untuk tatapan anda semua!

Kredit Foto : Love Undefined Photography

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×