Penyanyi Asmidar sebelum ini berkongsi video berdepan dengan detik cemas apabila khemah niaga yang didirikan di bazar Ramadan hampir musnah dilanda ribut. Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada petang Selasa lalu di Wangsa Maju.
Memetik laporan Gempak, penyanyi itu membantu keluarganya berniaga di bazar Ramadan dan menceritakan kebanyakan khemah jualan di situ hampir ‘terbang’ disebabkan bencana alam yang melanda tempoh hari.
Memang dugaan
Penyanyi itu akui trauma dan bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku kepada dirinya dan keluarga. Dia turut berkongsi detik cemas dihadapi oleh peniaga-peniaga lain berdepan situasi yang sama.
Memang dugaan selepas setahun kita tak boleh berniaga di bazar Ramadan. Dua hari lepas pada mulanya cuaca sangat okay, langit pun cerah je. Jadi, lebih kurang 2 petang kami pun dah mula set up khemah, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai dan pukul 4 hujan semakin lebat.
Angin datang sangat kuat tapi mujurlah dalam kedai kami berempat jadi boleh tolong pegang khemah dan meja daripada diterbangkan angin. Paling kasihan gerai-gerai lain yang hanya ada dua orang untuk selamatkan barang masing-masing. Kami nak bantu pun tak mampu sebab khemah kami hampir terbang.
Ramadan yang mencabar
View this post on Instagram