Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar berkongsi rasa terharu dan sebaknya selepas menerima kejutan daripada dua anak perempuannya, Alisha Anugerah, 8 dan Ariana Mecca, 6.
Artikel Berkaitan: ‘I Have A Good Woman’- Alif Satar Tak Pernah ‘Disondol’
Dapat ‘hadiah’ berupa surat
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Alif mendedahkan bahawa dia yang baru sahaja pulang bekerja pelik dengan anak-anaknya yang masih belum tidur meskipun sudah lewat malam.
Alisha dan Ariana mendedahkan bahawa mereka belum tidur kerana menunggu kepulangan Alif dan mahu memberikan kejutan kepadanya.
Pulang lewat dari kerja semalam, naik ke atas dan tengok mereka tak tidur lagi.
Bila tanya awat tak tidur lagi? Mereka kata, kami ada kejutan untuk Daddy, baca tau.
Melihat sepucuk surat yang ditulis kedua anaknya itu, Alif mengakui dia berasa terharu dengan bait-bait kata ditulis mereka.
Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terharu dengan tindakan anak-anak perempuan Alif.
Ada juga yang mengatakan sikap yang ditunjukkan anak-anak Alif itu merupakan hasil didikan yang sangat bagus diberikan pelantun lagu Sesusungguhnya Aku dan isterinya, Sha Dila Halid.
Sumber: Instagram