Digelar sebagai seorang lelaki yang baik dan bersih daripada sebarang kontroversi hangat, Alif Satar menyatakan bahawa dia tidak pernah terjebak dengan cinta lokasi atau curang dengan pasangannya.
Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Berlakon Dalam Filem Pulau, Ini Sebab Alif Satar Terima Tawaran
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Kekok Guna Bahasa Isyarat Layan Peminat OKU, Alif Satar Dipuji Netizen – ‘Ini Baru Artis Serba Boleh!’
Artikel Berkaitan: Filem Pulau ‘Haram’ Ditayang Di Terengganu, Penerbit Rugi RM500,000 Penaja Tarik Diri
Bekerja secara professional
Alif Satar ketika ditemui di tayangan perdana filem penuh kontroversi, Pulau berkata sepanjang 17 tahun bergelar anak seni dia tidak pernah diganggu atau ‘disondol’ oleh mana-mana pelakon wanita mahu pun perempuan lain.
Saya pergi kerja lepastu balik, memang tak ada yang cuba untuk mengurat. Tapi dulu masa mula-mula berkerja dalam industri adalah peminat yang mencuba tapi mereka cuma berseloroh sahaja.
Pelantun lagu Anugerah Terindah ini ternyata amat mengagumi serta menghormati isterinya yang sangat memahami tuntutan kerja sebagai pelakon dan tidak pernah timbul sebarang isu tentang orang ketiga di dalam rumah tangga mereka.
I have a good woman, tu je yang Alif nak cakap. Satu kesilapan boleh merosakkan semuanya. Saya ada isteri dan anak-anak, Alhamdullilah, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.
Dalam pada itu pemilik nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar menjelaskan bahawa dia ambil serius akan kerjayanya ini dengan melaksanakan sesuatu tugas secara profesional dan menjaga batasan ketika di set penggambaran.
Saya kerja keras untuk sampai ke tahap ini dan sangat sukar untuk berjaya dalam industri, jadi saya menganggap kerjaya seni ini macam satu perniagaan.
Terdahulu, isu mengenai ‘penyondol’ menjadi perhatian banyak pihak terutama warganet apabila ramai selebriti menghadapi keretakan rumah tangga gara-gara orang ketiga sehingga mereka bercerai-berai.