berita

‘Bergurau? Biar Bertempat…’ – MK K-Clique Terkilan Netizen Perlekeh Muzik Video Peluang Kedua

August 27th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Muzik video Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan MK K-Clique di YouTube telah mendapat lebih 6.3 juta tontonan dalam masa seminggu. Namun, ada segelintir netizen melontarkan pandangan negatif terhadap lagu dan penyanyi Peluang Kedua.

Malah, mereka juga mendakwa dan menyifatkan industri muzik hiburan tempatan semakin ‘musnah’ dengan kehadiran lagu sedemikian. Penyanyi rap terkenal iaitu MK (K-Clique) meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang bertindak keterlaluan apabila meninggalkan komen di media sosial.

Biar bertempat

Dia melontarkan pandangan peribadinya itu menerusi akaun Instagram, dimana MK terkilan dengan sifat segelintir netizen yang lebih gemar memberi kritikan berbanding sokongan terhadap seseorang penyanyi. Dakwanya, netizen juga sanggup mengenepikan soal perasaan individu lain ketika melontarkan komen-komen berbaur negatif itu.

Tolong fikir orang lain

Kalau aku yang kena aku mungkin okay, memang okay tapi tolong fikir orang lain. Peace, love.

Tambahnya lagi, sebarang bentuk teguran dan pandangan sebaiknya diberikan dengan menggunakan cara yang lebih berhemah. Begitupun, MK memberi bayangan bahawa dia tidak kisah sekiranya terpaksa berdepan situasi tersebut, namun mungkin tidak pada orang lain.

Sumber: MK K-Clique

SKIP THIS AD ×