Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa isu pergolakan rumahtangga Awie dan Rozana Misbun masih belum terjawab sepenuhnya sehingga kini.
Setakat ini, kami difahamkan bahawa Awie telahpun mendapat hak penjagaan anak sementara dan juga perintah injuksi terhadap isterinya itu.
Oleh itu, sebagai seorang sahabat, Erra Fazira ketika ditemubual oleh Rotikaya memberitahu bahawa dia sebenarnya agak terkejut dengan isu rumahtangga Awie dan Rozana yang kini menjadi bualan hangat di dada-dada akhbar.
Awie dan Erra dalam Teaterikal Suara Kita
“Mula-mula saya agak terkejut apabila rumah tangganya dilaporkan sedang bergolak. Saya tahu pun melalui akhbar-akhbar serta blog-blog yang melaporkannya.
Tapi saya tahu Awie ada caranya yang tersendiri untuk mengendalikan masalahnya itu, lagipun dia mempunyai banyak pengalaman dan saya sebagai sahabatnya mendoakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan berharap mereka berdua berbaik semula.”
Sementara itu, Erra Fazira juga memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk digandingkan semula bersama Awie dalam filem berjudul Warna Cinta Impian.
“Saya rasa tiada masalah untuk bergandingan bersama Awie kerana sebelum ini saya sudah berlakon teater bersamanya di Istana Budaya dan kami sama-sama profesional dalam kerjaya ini.
Buat peminat-peminat kami sekiranya anda ingin mengimbau kembali saat-saat saya seperti dahulu tidak ada masalah sekiranya boleh membantu dari segi penjualan tiket tetapi janganlah timbulkan gosip pula.”
Kredit foto: Instagram Erra Fazira