berita

Berhenti Makeup Selagi Tak Tahu 8 Brush Penting Untuk Beginner!

November 29th, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Susahnya nak makeup, mesti selalu bercapuk dan tak cantik. Ah tak sukanyaa!!

Korang pernah tak rasa macam nak makeup tapi selalu bercapuk makeup korang tu, pastu give up. Sebenarnya kalau korang belajar 8 basic makeup brush dan cara nak guna dengan betul mesti makeup tu tahan lama dan cantik lah!

Nak jadi cantik ni taklah susah mana pun. Cuma kita kena tahu cara dan tools yang betul. Daaan yang pasti korang kena selalu practice. Korang jangan give up lagi! Min akan ajar 8 brush basic dan cara nak guna supaya lepasni korang makin flawless

1. Foundation brush

Foundation brush ni sangat penting untuk pastikan foundation kita blend rata tau girlsss. Admin tahu mesti ada sesetengah girls kat luar sana suka pakai foundation guna tangan nak dibandingkan pakai brush atau beauty blender.

Kalau boleh elakkan guna tangan sebab foundation susah nak rata bila guna tangan. Haba yang ada dekat tangan akan buat foundation ni serap dekat kulit tangan lebih cepat berbanding dengan kulit muka. Sebab tu foundation akan jadi tak rata. Jadi korang kena amalkan dan cuba guna brush untuk nampak flawless

2. Powder Brush

Lepas je pakai foundation, korang kena pakai powder untuk make sure makeup tu kekal lama sampai malam. Powder brush pun memainkan peranan dalam nak pastikan korang nampak FLAWLESS!

Korang kena pastikan yang powder brush korang tu fluffy. Supaya bedak akan kena kat seluruh wajah korang. Cuba korang bayang tempat yang tak kena powder, kalau peluh je habis bertompok. Oh! tidaaaaak, tak syantikkkk.

3. Blusher brush

Lepas je korang tempek powder kat muka, korang mesti nak kena letak blusher kan bagi kulit nampak macam blushing sikit. Yang brush ni Min tau, mesti ramai dah ada kan?

Nak guna blusher brush pun ada caranya tau. Korang takleh main tonyoh je kuat-kuat dekat muka. Korang kena DAB secara perlahan je dekat pipi. Kalau tonyoh kuat nanti foundation korang akan bergerak, stressnya kalau dia bergerak!

4. Concealer brush

Antara salah satu brush basic yang penting yang korang kena ada, adalah concealer brush. Kenapa concealer brush ni penting? Sebabnya sama macam kenapa kita kena guna foundation brush tadi.

Haba kat tangan kita akan menyebabkan produk yang kita guna tu lebih cepat serap dekat tangan berbanding dekat muka. Kalau nak nampak flawless memang banyak step. Tapi bila kita dah selalu amalkan, senang je nak jadi cantik niii…

5. Eyeshadow brush

Antara jari dan brush Min rasa lagi bagus kalau hampa semua pakai eyeshadow guna brush. Sebabnya bila kita guna brush, kita dapat blend dengan elok.

Kalau korang guna jari, nak dapat blend yang cantik tu sangat susah. Jadi tunggu apa lagi, kena practice guna brush pulak lepas ni ok? Baru boleh feeling ala-ala profesional makeup artist!

6. Blending Brush

Selalunya orang confuse antara blending brush dengan eyeshadow brush. Dua brush ni sebenarnya kegunaannya berbeza. Eyeshadow brush kita gunakan untuk letak base eyeshadow ataupun untuk letak satu tona eyeshadow pada satu tempat iaitu kelopak mata.

Blending brush ni biasanya kita guna untuk blend kan garisan kasar yg ada pada kelopak mata kita. Sebab tu nampak kemas dan cantik je bila kita tengok orang makeup.

7. Angled brush

Angled brush ni ada dua kegunaan tau korang. Boleh guna untuk lukis kening dan eyeliner. Boleh dikatakan 2 dalam 1 lah brush ni.

Apa yang best brush ni selalunya dia ada sikat sekali. Sikat ni biasa digunakan sebelum korang lukis kening. Jadi, takda lah susah nak beli angled brush dan sikat kening berasingan.

8. Lip brush

Mesti ada yang fikir perlu ke ada lip brush ni? Sebenarnya lip brush ni sangat berguna untuk beginner yang baru nak pakai makeup.

Kenapa lip brush ni sangat berguna bila korang nak pakai lipstick? Min paham ada sesetengah beginner waktu pertama kali pakai lipstick mesti comot. Jadi, lip brush ni adalah guideline untuk beginner pakai dalam kawasan bibir korang je.

Min harap dengan perkongsian ni korang boleh nampak FLAWLESS lepas ni. Tapi korang kena janji dengan Min yang korang takkan give up bila belajar makeup! Sebab practice makes perfect girllsss…

SKIP THIS AD ×