berita

Berhijab Penuh : Adira Dikritik Netizen, Berhijab Sekadar Fesyen Atau Menutup Aurat?

August 20th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-08-20 at 2.24.17 PM

Korang perasan tak, sejak Ramadhan yang lalu, semakin ramai selebriti wanita yang berhijab. Antaranya Neelofa, Ziana Zain, Emma Maembong dan ramai lagi.

Terbaru, khabar baik yang kami terima, pelantun lagu ‘Dewi Cinta’ Adira kini sudahpun berhijab penuh. Alhamdulillah. Baguslah kan, akhirnya terbuka hati Adira untuk berhijab.

Namun, disebalik penghijrahannya, ada beberapa peminat yang mengkritik penampilan terbarunya yang dikatakan tidak elok untuk wanita bertudung.

hijabista

Antara selebriti wanita yang sudah berhijab

Semuanya kerana tudung yang dipakai Adira kelihatan pendek dan tidak menutup sebahagian tubuhnya. Kata peminat tersebut, jika ingin bertudung, biarlah melepasi paras dada.

Hmm, ada betulnya juga apa yang dikatakan peminat tersebut. Kami sendiri lihat kebanyakkan selebriti yang berhijab semakin kelihatan seksi pula.

Screen Shot 2014-08-20 at 12.31.17 PM Screen Shot 2014-08-20 at 12.32.13 PM

Bukan Adira saja yang dikritik sebegini, sebelum ini, aktres Uqasha Senrose pun pernah ditegur peminat kerana memakai baju mengikut bentuk badan walaupun sudah berhijab.

Bukan apa, kami pun tidaklah sempurna, tetapi kan lebih elok jika sudah berhijab, cara pakaian pun dijaga supaya tidak terbonjol sana-sini.

Pelik juga kami bila lihat sesetengah selebriti yang berhijab, tetapi masih menampakkan aurat. Kadangkala terfikir juga sama ada mereka berhijab demi tuntutan atau sekadar berfesyen? Hmm, entahlah.

Iyalah, teguran peminat kadang-kadang bukan untuk menjatuhkan, tetapi lebih kepada untuk menyedarkan selebriti kesayangan mereka. Tak gitu?

Kredit Foto : Instagram Adira, Neelofa & Uqasha Senrose

SKIP THIS AD ×