Sekadar gambar hiasan
Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki memberikan dadah kepada seorang bayi berusia 16 bulan yang dipercayai merupakan anak mereka.
Bayi berusia 1 tahun diberi dadah
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, penahanan dilakukan selepas pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengesahkan bayi terbabit didapati positif dadah jenis methamphetamine atau amphetamine.
Wanita yang juga ibu kandung bayi berkenaan ditahan ketika menghantar mangsa yang mengalami sawan ke hospital.
Ujian saringan air kencing mendapati pasangan yang berusia 34 dan 31 tahun itu positif dadah. Kedua-dua tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menyebabkan seorang bayi positif dadah.
OKT (orang kena tuduh) ditawarkan jaminan RM6,000 setiap seorang, namun mereka tidak dapat membayar jamin ditetapkan, maka masing-masing kini ditahan di Penjara Koreksional Ledang dan Penjara Kluang.
Kes akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 23 Januari depan.
Sumber: Harian Metro