Jawapan mencuit hati pelajar tingkatan 5, Muhammad Fikri Fauzi ketika ditemuramah wartawan semasa hari pertama sesi persekolahan yang disambung semula ekoran wabak Covid-19 mencuit hati ramai. Klip video temuramah yang dikongsi di pelbagai platform media sosial itu menerima ratusan tontotan, malah di Twitter sahaja lebih 1 juta tontonan diraih dalam masa 24 jam.
3 bulan tengok drama Korea…
Ditanya mengenai perasaannya ketika klip video pendek itu viral di media sosial, dia terkejut dan tidak menyangka perkara ini akan berlalu.Menerusi temuramah bersama OHBULAN itu, Fikri memberitahu dia hanya mahu bergurau semasa sesi temuramah berlangsung dan tidak sangka bahagian tersebut diambil untuk dimasukkan ke televisyen.
Memang terkejut dan tak sangka langsung. Saya bangun pagi tu dah tengok sehari sudah lebih 10 ribu tontonan di Twitter. Niat saya hanya nak bergurau saja. Tak sangka pula bahagian tu diambil.
Sepanjang PKP 3 bulan tu, saya layan drama Korea saja. Dah banyak drama Korea saya layan dan paling saya suka ialah drama Hotel Del Luna. Drama Korea ni best sebab ada sedih, sweet… Pelakon pun cantik-cantik. Bukan tak nak layan drama tempatan, tapi drama Korea ni bagi kita mood yang best.
Ramai DM nak ngorat
Pelajar tingkatan 5 itu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Dia yang mengambil 8 mata pelajaran dalam aliran Perniagaan Seni itu hanya target 4A dan ke atas untuk peperiksaan itu. Dia turut berkongsi telatahnya yang kelakar semasa di sekolah.
Saya ni memang seorang yang kelakar. Kalau ada majlis perpisahan atau persaraan di sekolah, guru besar akan minta saya bercakap sebagai wakil pelajar. Saya bukan pengawas. Saya hanya pelajar biasa.
Dari majlis perpisahan yang sedih tu akan bertukar ceria. Guru-guru pun tak mahu berpindah sekolah disebabkan terlalu sayangkan saya. Rakan-rakan pun tahu yang saya ni memang seorang yang kelakar.
Sejak dah viral ni, ramai pula yang DM minta nomber telefon. Ada yang nak ngorat saya. Side income seperti paid review semua tu belum ada lagi. Tak sampai ke tahap itu lagi.
Memang patut sekolah dibuka
apa anjir HAHAHAH @Fkriifauzi pic.twitter.com/A86zGWrqGt
— l?u?x?y? (@rpiizy) June 24, 2020
Ditanya mengenai tindakan kerajaan membenarkan sekolah dibuka semula dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, dia bersetuju dengan keputusan kerajaan. Perkara itu demi memastikan pelajar meneruskan pelajaran terutamanya bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
SPM adalah masa depan dan penentu setiap pelajar. Saya setuju sekolah dibuka semula tetapi kita perlu ikut SOP yang ditetapkan dengan menjaga jarak sosial masing-masing. Setiap pelajar perlu mendapat pendidikan semula. Kita boleh buat kelas online tetapi ada segelintir pelajar yang tiada data internet atau WiFi. Itu juga menjadi bebanan buat pelajar-pelajar tertentu.