Peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari koma akibat kemalangan jalan raya.
Artikel berkaitan : ‘Selamat Pulang Ke Rahmatullah Sahabatku’ – Sandra Dianne Meninggal Dunia
Sehubungan dengan itu, stesen penyiar Astro telah mengumumkan akan menangguhkan konsert mingguan kelima Big Stage 2020 Ahad ini. Keputusan ini dibuat bagi menghormati pemergiannya.
Adakan konsert khas
Sebaliknya, (Astro) bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang arwah dan penglibatan beliau dalam industri seni tanah air terutamanya sepanjang pertandingan Big Stage 2020 berlangsung
Menurut laporan Awani, Pengurus Saloran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata bagaimanapun pihak mereka akan melangsungkan konsert khas bagi mengenang Allahyarham dengan menggunakan #SandraDalamKenangan. Ini juga bagi mengenang kembali penglibatan bintang itu sepanjang bergelar penyanyi.
Selain itu, menurut Emarina lagi, pihak Astro juga sudah merancang akan mengadakan kenduri tahlil buat arwah dalam jangka masa terdekat ini. Malahan itu, pihak penyiaran juga akan menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluarganya dan membantu pengurusan jenazah termasuk kos hantar pulang jenazah ke Tuaran, Sabah.
Dikebumikan di kampung
Allahyarham Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi hari ini dan jenazahnya juga akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampungnya iaitu Kg. Kauluan, Tuaran, Sabah.
Sandra telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada 5 September lepas dan tidak sedarkan diri sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Sumber : Awani