berita

Beri Ugutan & Mengaku Pekerja Bank Negara Malaysia, Wanita Ini Akhirnya ‘Kantoi Busuk!’

January 24th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Di laman sosial, adalah perkara biasa melihat perselisihan faham berlaku sesama netizen. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri dan mahu menang menegakkan pendirian. Perkara itu sukar dielak kerana pasti ada saja perkara tidak kena di mata orang lain walaupun sekecil manapun sesuatu isu.

Tindakan seorang wanita menggunakan ‘kelebihan’ kerjanya untuk mengugut seorang netizen mendapat perhatian baru-baru ini. Macam ini pun ada? Tapi betul ke dia pekerja Bank Negara? Bank Negara siap respon lagi berkenaan hal ini.

‘You nak I block your whole identity..’

Semuanya bermula dengan seorang pengguna Twitter, Mein Mokhtar yang dikatakan ‘menghentam’ Shafiqah Aina sehingga membuatkan seorang wanita, Zulaiha Anuar, melatah dan membuat kenyataan berbaur ugutan kepadanya.

Mendakwa dia bekerja di Bank Negara, Zulaiha mengatakan dia boleh ‘block’ keseluruhan identiti lelaki itu jika lelaki itu tidak menghormatinya.

Cubaan menyalahguna kuasa?

Tweet itu mengundang tanda tanya netizen lain yang merasakan tindakan berkenaan seolah satu penyalahgunaan kuasa. Malahan mereka siap mention pihak terlibat untuk tindakan lanjut.

‘Akak tak boleh halang saya pergi kelas’

Rupa-rupanya lelaki berkenaan merupakan seorang pelajar jurusan komunikasi massa yang sedang dalam proses menghabiskan pengajiannya. Secara perlian, dia mengatakan wanita berkenaan boleh menghalang masa depannya namun tidak boleh menghalang dia ke kelas demi sekeping diploma!

Respect needs to be earned

Dan ini respon rasmi Bank Negara

Bank Negara kemudiannya membuat kenyataan rasmi mengatakan wanita berkenaan bukanlah staf mereka. Badan itu juga meminta Zulaiha berhenti menyamar sebagai staf mereka. Tambah badan itu lagi, staf mereka tidak berperilaku sedemikian dan tertakluk kepada tata tertib.

Sumber: Bank Negara Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×