berita

Beriadah, Berhibur & Beramal Dalam Acara The Music Run

March 17th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

The Music Run

Berjoging sambil mendengar muzik? Itu perkara biasa. Apa kata kali ini anda semua sertai The Music Run iaitu satu-satunya acara larian yang membolehkan anda berlari dan berhenti mengikut genre muzik yang dimainkan.

Aktiviti riadah ini menjanjikan pengalaman yang lain daripada lain iaitu anda berpeluang untuk berjalan, berlari dan menari sepanjang 5 kilometer dengan rangkaian lagu berunsurkan Pop Divas, Indie, Pop Kings , Hip Hop dan Dance.

Selain dapat merehatkan minda dengan terapi muzik, anda juga dapat menggalakkan gaya hidup sihat melalui cara yang menyeronokkan. Menarik, kan?

aa-the-music-run-kl-1

Kalau nak tahu, acara ini tidak mempunyai had masa dan tiada pemenang, tetapi, program yang bakal berlangsung di Selangor Turf Club pada 23 Mac depan ini bakal menjanjikan keseronokan tanpa batasan.

Selain berhibur dalam acara sihat sebegini, anda juga berpeluang untuk beramal, kerana 10 peratus daripada yuran pendaftaran bakal disalurkan kepada dua badan kebajikan.

Bersesuaian dengan tema ‘Your Music, Your BeatTM’ semua peserta diberi tanggungjawab memilih dan mengundi sendiri lagu kegemaran mereka untuk dimainkan sepanjang larian itu nanti. Undian pula hanya boleh dibuat oleh mereka yang sudah mendaftar sahaja melalui laman web The Music Run.

Untuk pengetahuan, The Music Run turut ditaja oleh Hotlink sebagai penaja telekomunikasi utama dan kepada anda yang belum daftar, cepat layari laman rasmi The Music Run sekarang!

SKIP THIS AD ×