berita

Kenapa Siti Nurhaliza Tak Bertudung Dalam Video Klip Galau?

May 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Dato Siti Nurhaliza-26

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza semalam (Isnin) telah melancarkan single dan klip video terbarunya berjudul Galau.

Galau adalah hasil kerjasama Universal Music Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Mujahid dari Rumpun Records.

Untuk pengetahuan umum, lagu ini mengisahkan tentang hubungan dua insan yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam menempuhi ranjau kehidupan sebagai pasangan kekasih.

Menurut Dato’ Siti, perkataan Galau itu sendiri bermaksud kacau atau keliru dan lagu ini memperlihatkan rasa gundah sang kekasih tanpa orang tersayang.

Menyentuh soal klip video yang dirakam pada 7 Disember tahun lalu pula, Siti berharap peminat tidak cepat melatah dan dapat menerima penampilannya di dalam video itu.

“Muzik video Galau itu dah lama kami rakam dan itu adalah imej lama sebelum Siti bertudung litup. Bila semuanya dah siap dan pihak penerbitan dah keluarkan bajet yang tinggi untuk video itu, tak sedap lah pula untuk kita tahan dari ditayangkan.”

Menurut Dato’ Siti, dia berharap peminat tidak keliru dan memahami situasi ini. Isteri kepada Datuk K ini juga meluahkan rasa syukur yang suaminya kini semakin sihat akibat daripada kemalangan tahun lalu.

“Saya banyak tangguhkan kerja sebelum ini kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian menjaga suami. Alhamdulillah, setelah lama ditunda akhirnya dapat juga saya perkenalkan Galau secara rasmi kepada umum kerana suami kini semakin pulih.”

Syukurlah kerjaya Dato’ Siti kini kembali lancar dan dia juga nampaknya semakin sibuk dengan promo produk wangian terbaru khusus untuk lelaki yang bakal menjengah negara Timur Tengah hujung tahun ini.

Jom tengok beberapa keping gambar Dato’ Siti yang semakin anggun bertudung litup.

SKIP THIS AD ×