berita

Berjalan 20KM Cari Pelanggan, Pasangan Warga Emas Kurang Upaya Ini Dapat Perhatian Dr Zulkifli

January 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Kota Bahru, Kelantan, seorang isteri setia menjalani kehidupan bersama suaminya yang sudah pun tiada keupayaan untuk melihat. Suaminya itu buta selepas mata masuk habuk simen semasa bekerja sebagai tukang rumah pada tahun 1998 ketika usia 54 tahun.

Kehidupan pasangan ini juga diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ apabila terpaksa berjalan sejauh 20 kilometer setiap hari untuk mencari pelanggan. Difahamkan, si suami yang bernama Wan Mohamed Jaafar itu menyediakan perkhidmatan mengurut.

Berjalan sejauh 20 km

Memetik laporan Sinar Harian, Wan Mohamed Jaafar ditemani isterinya iaitu Fatimah Salleh untuk mendapatkan pelanggan dan mereka akan keluar dari rumah seawal 8.00 pagi setiap hari. Bukan itu sahaja, pasangan ini juga terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 20 kilometer dan berkunjung dari rumah ke rumah demi sesuap nasi.

Menurut perkongsian kisah dari Fatimah Salleh, mereka menerima upah mengurut dari harga RM5.00 hingga RM30.oo bergantung kepada persetujuan bersama pelanggan.

Pernah makan ubi kayu

Kami mempunyai lima anak yang berusia antara 22 sehingga 40-an, namun mereka juga hidup susah. Kami juga pernah makan ubi rebus yang ditanam di belakang rumah kerana tidak ada duit untuk membeli makanan. Sebab itu, saya dan suami keluar mencari rezeki sebagai tukang urut. Dapatlah tampung perbelanjaan kami termasuk bayar bil air serta elektrik.

Fatimah turut memaklumkan di mana suaminya itu menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150. Malah, rumah yang didiami mereka sekarang dibina atas tanah wakaf hasil bantuan wakil rakyat, namun keadaan rumah tersebut sudah kelihatan usang.

Bantuan akan dihulurkan

Sementara itu, memetik status di Twitter Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan dia telah berbincang dan meminta pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk bertemu dengan pasangan warga emas ini dan menghulurkan bantuan. Tambah Dr Zulkifli lagi, mereka akan menyediakan bantuan dan meneliti jenis bantuan yang sesuai buat pasangan ini.

Sumber: vmrtzz, Dr Zulkifli, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×