Penyanyi, Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin menafikan dirinya bersikap riak selepas berjaya menempatkan diri sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37)
Artikel Berkaitan: #AJL37: Iman Troye Rasa Diri Tidak Layak Bersaing Dengan Finalis Lain
Artikel Berkaitan: #AJL37: Ernie Zakri Bawa Watak ‘Ekstra’, Mahu Penonton Faham Cerita Di Sebalik ‘Korban’
Bakat dalam nyanyian
Menurut Iman, 21, kejayaan tersebut telah membuktikan bakat nyanyiannya dan secara tidak langsung menjadi pemangkin semangatnya untuk terus berkarya.
Saya taklah nak cakap riak selepas diterima masuk AJL, tetapi ini adalah satu rezeki yang boleh dikongsi dengan ramai orang. Saya masuk AJL bukan kerana diri sendiri, tetapi atas sokongan keluarga, syarikat rakaman XO House dan peminat
Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 21 tahun ini meluahkan rasa bersyukur dengan rezeki yang tidak disangka-sangka itu. Malah, pencapaian ini umpama satu suntikan semangat untuk dia terus melakukan yang terbaik dan sentiasa perbaiki diri.
Kita tak boleh menutup mulut mereka yang mengecam benda negatif tentang diri saya sendiri, tetapi saya tak akan tipu komen-komen tersebut adalah pembakar semangat saya. Saya ubah persepsi dan komen mereka 180 darjah untuk nampak dari sudut positif, untuk majukan diri dan tidak berada di takuk sama.
Iman Troye mempertaruhkan lagu berjudul Nang, yang turut bersaing dengan 11 finalis lain pada malam AJL 37 yang bakal berlangsung pada 12 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Sumber: Berita Harian