berita

Berkenalan Di Instagram Empat Bulan, Erin Malek Sedia Berkahwin

May 16th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

erin malek-2

Kami ingatkan dah tak ada lagi orang bercinta selepas berkenalan di laman sosial. Tetapi tak sangka, Erin Malek juga bertemu cinta barunya menerusi medium tersebut.

Menurut Juara Fear Factor Malaysia musim kedua ini, percintaannya dengan lelaki yang dikenali sebagai F itu mula terjalin sejak empat bulan lalu selepas hampir setahun putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Pertemuan kami bermula selepas saya ternampak profil dia di Instagram dan mengikutinya. Selepas itu, dia selalu ‘like’ gambar yang dikongsi saya selain meninggalkan komen. Pada masa itu, kami sekadar berkawan sebelum bertukar nombor telefon.

erin malek-7

Erin bersama teman lelakinya

Walaupun jarak usia mereka 10 tahun, namun Erin mengakui selesa berkawan dengan lelaki tersebut dan sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang.

Saya tertarik dengan sikapnya yang matang. Dia bukan sahaja seorang yang penyayang, malah sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya saya.

Soal usia bukan masalah kerana paling penting saya bertemu dengan pasangan yang sesuai dan ikhlas menerima saya. Dia ada meluahkan hasrat ingin mendirikan rumahtangga dan seandainya ada jodoh, kami akan berkahwin. – myMetro

Bagaimanapun, Erin yang masih muda dan baru berusia 20 tahun ini menafikan akan berkahwin dalam masa terdekat.

Buat semua pembaca OHBULAN!, jom tengok gambar-gambar Erin bersama teman lelakinya di bawah ini. Handsome orangnya, pandai Erin pilih!

SKIP THIS AD ×