Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak 4 tahun menemui ajal setelah terjatuh dari tingkat 16 di Flat Sri Perak, Sentul, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dipercayai terjatuh dari ruang pagar belakang
Kanak kanak lelaki 4 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 Flat Sri Perak, Sentul.
Siasatan awal dapati mangsa dipercayai bermain seorang diri di dapur dengan memanjat kerusi dan mesin basuh, dan terjatuh ke luar di ruang pagar belakang rumah. pic.twitter.com/GkmJDGRU9J
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 24, 2020
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah kepada Harian Metro, pihak polis menerima laporan pada jam 2.30 petang.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain seorang diri di bahagian dapur rumahnya dengan memanjat kerusi dan mesin basuh.
Mangsa yang juga anak angkat pemilik kediaman berkenaan dipercayai terjatuh ke luar di ruang pagar belakang rumah.