berita

Bermula Januari Tahun 2020, Harga Petrol RON95 Naik Satu Sen Setiap Minggu

November 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jika sebelum ini, kadar kenaikan harga minyak hanya melibatkan RON97 dan diesel sahaja, manakala harga petrol RON95 dilihat kekal pada angka RM2.20 seliter. Terkini menerusi Berita Harian, harga petrol RON95 akan diapungkan dan meningkat sebanyak satu sen pada setiap minggu.

Kenaikan ini akan berterusan sehingga harga petrol tersebut mencapai harga pasaran semasa. Peningkatan ini akan diguna pakai sejurus Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan bermula Januari 2020.

Naik 1 sen setiap minggu

Meurut Chong Chieng Jen selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP), harga apungan RON95 ini bertujuan untuk tidak membebankan pengguna. Kementerian turut mempunyai Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP.

Keputusan mengapungkan harga petrol adalah bagi meringankan kos hidup rakyat dan untuk mengelak harga barangan tidak naik mendadak apabila program subsidi dilaksanakan.

Kita akan apungkan harga petrol secara berperingkat sebanyak satu sen seminggu sehingga harga (RON95) mencapai harga pasaran.

Banyak mekanisme boleh digunapakai antaranya Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebih-lebihan selepas pelaksanaan program subsidi ini.

Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal

Selain itu, menerusi Harian Metro, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyatakan bahawa PSP hanya berkuat kuasa di Semenanjung sahaja. Dengan pelaksanaan ini, ianya bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki berkenderaan.

Bagaimanapun, rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 seliter selepas kerajaan mengambil kira keperluan kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel.

Oleh itu, rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×