berita

‘Berniaga’ Di JPJ – Wanita Ini Luah Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap ‘Ulat’ Nombor

February 18th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

jpj main

Mesti ramai yang mengeluh kalau kena berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pejabat-pejabat kerajaan yang lain, kan? Orang tak pernah tak ramai, lepas tu kena ambil nombor giliran dan tunggu lama sebelum dipanggil.

Kadang-kadang pelik juga sebab kita dah sampai awal dan tengok orang tak ramai mana pun, tapi nombor giliran dah cecah angka sampai beratus dan beribu. Baru-baru ini seorang wanita telah memuat naik status tentang perkara ini di laman Facebooknya. Ceritanya, dia sendiri ‘bertemu’ dengan seseorang yang mampu menyelesaikan masalah menunggu nombor giliran yang terlalu lama itu. Apakah sebenarnya yang berlaku?

‘Berniaga’ Di JPJ

Screenshot 2016-02-18 11.14.31

Rupanya dia nak saya bayar RM50 untuk dia bagi nombor awal. Nombor tersebut dia ambil awal-awal dah.

Tak sangka dekat JPJ pun ada jenis yang buat perniagaan macam ni. Patutlah kita tunggu berjam-jam, nombor sampai beribu, rupanya geng-geng macam ni dok ambil nombor awal dekat kaunter lepas tu sibuk jual nombor.

mainjpj kaunter

Pakai Smart-Smart, Bawa Fail Kosong!

Screenshot 2016-02-18 11.15.00

Yang pelik masa nak tekan nombor dekat mesin nombor tu pegawai JPJ dan security guard yang tolong ambil nombor. Macam mana senang-senang golongan macam ni boleh buat aktiviti macam ni?

tuunggu

Tak mustahil ramai juga yang sanggup ‘beli’ nombor giliran daripada bazir masa tunggu lama-lama untuk berurusan. Tindakan itu sebenarnya semakin menyumbang kepada aktiviti ‘ulat nombor’ ini. Cuba letakkan diri di situasi orang yang datang awal semata-mata untuk mendapat nombor giliran awal. Tepuk dada, tanya selera.

E-en Barbarra La’ Perez

SKIP THIS AD ×