Sejak akhir-akhir ini, isu poligami menjadi satu topik hangat yang diperkatakan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Puji Hijrah Neelofa, Suka Cara Haris Ismail Bimbing
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Sah Bernikah Dengan Kawan Baik Arwah Suami
Jangan seronok mengata
Penyanyi Datuk Nora Ariffin dilihat tertarik untuk mengupas di Instagram (IG) miliknya.
Menerusi hantaran itu, Nora mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika berbicara. Kata selebriti berumur 50 tahun itu, kemungkinan ibu atau diri sendiri juga adalah hasil dari perkahwinan daripada isteri kedua, ketiga atau keempat.
Hati-hati, ketika kita seronok mengata, menghina dan melabel orang lain kerana takut kita juga adalah produk hasil daripada perkahwinan poligami yang diamalkan zaman dahulu lagi.
Biar berpada-pada
Dalam pada itu, pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin bertanya adakah tergamak untuk menggelar ahli keluarga sendiri sebagai penyondol? Pesannya lagi, tidak salah untuk beremosi tetapi harus ada had limit.
Sanggupkah kita menghina ibu, mentua atau nenek moyang kita dengan panggilan penyondol, perampas dan sebagainya?
Berhati-hati. Beremosi sedikit itu okey. Marah, geram, tidak suka itu adalah fitrah tetapi biarlah berpada-pada.
Sekadar info, Nora berkahwin buat kali kedua dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya merangkap sahabat baik arwah suaminya iaitu Rushdi Ramli. Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan secara terperinci mengenai butiran majlis perkahwinannya itu.
Sebelum itu, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. Kemudian, pada 13 Disember 2019, Nora diduga pula dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Sumber: Instagram