berita

Berpantang Dengan Selesa di Kimporo Postnatal Care, Pusat Berpantang Terapi Pembaikan Sel Pertama di Malaysia

January 18th, 2023 | by Alia Natasha
Kini Trending

Waktu selepas bersalin adalah fasa yang paling penting untuk ibu agar dapat memulihkan kembali kesihatan mereka seperti biasa sama ada secara fizikal atau mental.

Kebanyakan ibu khuatir bahawa masa berpantang mereka akan dipenuhi dengan kepenatan, tidak cukup tidur dan lain-lain kerana mereka perlu menjaga anak yang baru dilahirkan dan masih tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman. Dalam masa yang sama mereka juga perlu memastikan badan mereka kembali sihat.

Berita baik untuk para ibu, korang tidak perlu risau lagi! Korang nak tau tak di Kuala Lumpur terdapat pusat berpantang mewah yang menjadi pilihan ramai para ibu selepas bersalin. Jadi untuk bakal ibu, korang sudah boleh membuat persiapan untuk pergi ke pusat berpantang ini!

Untuk pengetahuan korang, Kimporo Postnatal Care adalah pusat berpantang yang pertama di Malaysia yang menggunakan terapi pembaikan sel untuk pemulihan yang lebih komprehensif dan cepat kepada ibu.

Kimporo Postnatal Care yang terletak di Taman Seputeh Kuala Lumpur ni mempunyai lebih dari 6 tahun pengalaman sejak dibuka pada tahun 2017 dan ia merupakan pusat berpantang mewah yang telah memenangi banyak anugerah.

Terapi Pembaikan Sel Kimporo

Kimporo Postnatal Care juga turut menyediakan terapi pembaikan sel di mana dengan mengambil Zell-V Sheep Placenta selepas bersalin boleh membantu menggalakkan pertumbuhan semula dan pembaikan sel, mengecutkan rahim dan dapat mengetatkan faraj dengan lebih cepat.

Zell-V Sheep Placenta mengandungi 100% placenta biri-biri tulen dan segar yang diekstrak daripada biri-biri New Zealand yang sihat dan dibiakkan khas untuk tujuan perubatan sahaja. Formulasi ini menggabungkan placenta bebiri dengan ekstrak biji anggur dan minyak hati jerung yang mengandungi antioksidan yang kuat, di mana ia dapat membekalkan nutrien yang sangat berkesan kepada badan.

Penjagaan menyeluruh untuk ibu

Ibu-ibu tidak mempunyai pengalaman atau info tentang penyusuan? Jangan bimbang… Kimporo Postnatal Care mempunyai pasukan doktor profesional, jururawat, kaunselor laktasi dan pakar pemakanan untuk memberikan bimbingan dan penyusuan yang paling komprehensif kepada kedua-dua bayi dan ibu dalam tempoh berpantang.

Penyediaan makanan yang bernutrisi

Kalau untuk makanan berpantang pula, ibu-ibu tak perlu pening kepala nak fikir kerana Kimporo Postnatal Care menyediakan tiga hidangan, dua pencuci mulut, satu makan malam dan satu sup tonik yang dapat hilangkan bengkak, lochia, membersihkan usus, melancarkan peredaran darah dan membantu ibu untuk menjauhkan diri dari penyakit.

Wah, banyak kan hidangan makanan di sana. Sedap pulak tu! Ibu-ibu jangan risau sebab terlalu banyak pilihan makanan yang tak akan buatkan para ibu rasa jemu.

Penjagaan profesional dari jururawat

Ibu bapa yang menginap di Kimporo tidak perlu gelisah dan risau jika bayi menangis di tengah malam kerana jururawat-jururawat di Kimporo akan membantu untuk menguruskan hal bayi korang.

Jadi, korang boleh berehat dan dalam masa yang sama dapat belajar tentang penjagaan bayi seperti memberi makanan, memandikan bayi, menukar lampin dan banyak lagi.

Program yang menarik!

Selain itu, Kimporo juga menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan yang menarik termasuk mengajar kaedah penyusuan susu ibu (breastfeeding), urutan bayi, CPR bayi, menangani masalah penjagaan bayi baru lahir dan pelbagai.

Terdapat pelbagai lagi kursus untuk ibu bapa supaya mereka lebih bersedia dan tidak panik untuk menangani masalah ketika membesarkan bayi mereka.

Review Dari Pelanggan

Zell-V Wellness Hub

Untuk para suami yang datang menemani isteri tetapi tidak tahu nak luangkan masa dimana, korang boleh meluangkan masa dekat gym yang berada di dalam bangunan Kimporo (tingkat 5).

Selain dari gym, mereka juga menyediakan pelbagai servis lain yang menarik.

Antaranya ialah:

  • Ketuhar Malaysian Cuisine
  • Child Care Centre
  • Healthcare Centre
  • Hair Salon
  • Massage Spa
  • Sky Loft

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Kimporo Postnatal Care, korang boleh layari laman web mereka di https://www.kimporo.com/ dan korang juga boleh hubungi mereka di 019-3307866.

SKIP THIS AD ×