Jenayah curi kenderaan termasuk motosikal mahupun kereta sering berlaku dan terdapat pelbagai helah yang digunakan si pencuri. Dalam tidak sedar, sudah banyak individu yang menjadi mangsa tanpa mengira usia.
Pengguna Facebook iaitu Nurul Yusnafamieza berkongsi pengalaman didatangi seorang wanita ke rumahnya ketika waktu malam. Difahamkan wanita tersebut ‘berpura-pura’ kena ragut dan mengadu badannya sakit. Namun, setelah pihak polis datang, ini yang berlaku…
Didatangi seorang wanita
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kediaman keluarga Nurul Yusnafamieza yang terletak di Kampung Bunga Emas, Perlis. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pada jam 11.00 malam apabila muncul seorang wanita datang ke rumahnya dan mengetuk pintu dapur. Wanita tersebut turut meminta izin untuk tumpang tidur bagi semalam.
Lebih kurang pukul 11 malam, ada seorang perempuan mai ketuk pintu dapur. Dia bagitau nak tumpang duduk sebab sakit. Ceritanya dia kena ragut, kena pukul di kepala. Abah cuma buka pintu sliding (tak buka grill, so dia masih kat luar) dan bagitau nak call polis.
Dia datang dengan moto dari Sempering nak ke kedai makan di Sanglang. Mak aii… jauh benor. Teringin tomyam di Sanglang katanya. Tak sempat sampai kedai makan kena ragut. On the way nak balik sakit tak tahan sebab tu stop kat rumah abah.
Bila polis sampai, check moto dia, seat lekang, no plate tak ada. Polis tanya, katanya moto tu jatuh semua tu jadi masa kena ragut. Tapi moto tak ada kesan jatuh, calar, dia pun tak ada kesan macam kena ragut.
Ada lelaki tengah jalan depan rumah
Sumber foto: Google
Difahamkan, tuan rumah segera menelefon pihak polis berdekatan dan melaporkan mengenai wanita yang kononnya jadi mangsa ragut itu. Setelah disiasat, wanita berkenaan didapati mempunyai rekod jenayah sebelum ini termasuk kes curi kenderaan dan kes dadah. Malah, wanita berkenaan juga baru sahaja dibebaskan dari penjara.
Last sekali polis angkut ke balai sekali dengan moto tu. Semakan di balai, perempuan ni pernah ada 1 kes curi kereta dan 3 kes dadah.
Then pegawai penyiasat pula mai ambil statement abah. Kes curi kereta itu pernah viral sebelum ini. Ada 2 rakan subahat (lelaki). Masa pegawai penyiasat sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi, ada lelaki tengah berjalan-jalan depan rumah sambil pegang something macam kayu (tak pasti rakan subahat atau tak).
Cara kes curi kereta sebelum ini sama macam dia mai semalam. Bagitau sakit kena ragut, minta tumpang tidur. Esoknya dia larikan kereta tuan rumah. Perempuan ini baru saja keluar penjara. Polis syak nak buat balik macam kes lama.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu kepada orang yang tidak dikenali. Khuatir sekiranya anda pula jadi mangsa jenayah curi kenderaan seperti ini. Segera laporkan kepada pihak polis jika berdepan dengan situasi yang khuatir sedemikian.
Sumber: Nurul Yusnafamieza