berita

Bersalin Sebulan Lebih Awal, Farah Nabilah Selamat Timang Baby Boy

October 23rd, 2020 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon Farah Nabilah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang pada pagi tadi. Berita gembira tersebut dikongsinya melalui laman Instagram dengan sebuah video tanpa visual, hanya kedengaran suara bayi sahaja.

Baby boy

https://www.instagram.com/p/CGpisHup3Ow/

Farah dan suami, Amirul Yunus dikurniakan seorang bayi lelaki pada tanggal 22 Oktober 2020. Pasangan ini membuat keputusan untuk tidak berkongsikan wajah dan nama anak kepada umum lagi.

Simpan dahulu identitinya

Memetik laporan BH Online, bayi mereka dilahirkan lebih awal berbanding jangkaan pada bulan hadapan. Walau bagaimanapun, bayi mereka dilahirkan dalam keadaan selamat.

Kami sambutnya lebih awal. Alhamdulillah, saya dan anak sulung kami dalam keadaan selamat. Segala-galanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa yang dititipkan untuk saya, suami dan anak kami. Semoga Tuhan merahmati semua dengan kegembiraan dan keindahan ketika kita semua diuji.

Buat masa ini, kami ‘simpan’ dulu segala identitinya. Tetapi nanti, apabila semua sudah okay, saya akan paparkan tanda cinta bersama suami ini dengan semua.

Sumber: Farah Nabilah, BH Online

SKIP THIS AD ×