Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki dewasa dan dua orang kanak-kanak yang dipercayai merupakan warganegara Malaysia bersilat di Masjid Nabawi, Madinah.
Artikel Berkaitan: ‘Belum 1 Ogos Dah Beriya’ – Bangga Tak Pakai Mask, Lelaki Ini Undang Kecaman
Siap berbaju melayu
Menerusi hantaran dimuat naik individu dikenali sebagai Ustaz Faiz Fateh di Facebook, dapat dilihat tiga individu yang lengkap berpakai tradisional baju melayu membuat persembahan seni mempertahankan diri tersebut.
Perbuatan mereka itu turut dirakam selepas meraih perhatian para jemaah dan pengunjung yang berada di sana.
Walau bagaimanapun, video tersebut telah mengundang reaksi negatif wargamaya yang dilihat kurang bersetuju dengan tindakan tiga individu berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan tersebut yang dianggap seolah-olah tidak menghormati kehormatan Tanah Suci.
Komen netizen
Sumber: Facebook