berita

Selepas Bapa & Suami Hadir Ke Mahkamah, Nynaa Harizal Kongsi Foto Keluarga Beserta Hashtag ‘Mydadmyhero’

November 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Nynaa Harizal menjadi panas selepas hampir dua minggu didakwa keluar rumah tanpa kebenaran, suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas.

Artikel Berkaitan: Suami Pelakon Dakwa Isteri ‘Diculik’ Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol?

Artikel Berkaitan: Nynaa Harizal Kongsi Video ‘Happy’ Pergi Pusat Beli Belah, Netizen Dah Bingung – ‘Tak Nampak Macam Kena Culik Pun’

Artikel Berkaitan: Sedia Maafkan Isteri, Suami Nynaa Harizal Failkan Permohonan Kembali Taat – I Love You Sayang’

Hashtag #mydadmyhero

Sejak beberapa hari ini, Nynaa dilihat kerap muncul di media sosial membuat hantaran di Instagram (IG) miliknya. Terbaru, pelakon berumur 25 tahun ini memuat naik sekeping foto keluarga iaitu bersama ibu bapa dan adik beradik.

Menerusi kapsyen yang ditulis, pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada kedua orang tuanya yang disambut pada 11 November.

Selain itu, pengacara itu turut menyelit hashtag iaitu #oldphoto dan #mydadmyhero.

Tutup komen

Menerusi pemerhatian OhBulan!, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu bertindak menutup ruangan komen. Difahamkan, peserta Dewi Remaja 2019/2020 itu tidak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan selepas dinasihati peguamnya.

Terdahulu, suami Nynaa mendakwa isterinya ‘diculik’ oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim pada tengah malam Isnin (2 November).

Lebih mengejutkan lagi, Fahmi, 29, mendakwa bapa mentuanya mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika menghalangnya untuk mengambil pelakon terbabit.

Bagaimanapun, semalam, bapa Nynaa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam dan memohon mahkamah mempertimbangkan khidmat cemerlangnya selama 25 tahun dengan TUDM untuk mengurangkan jumlah ikat jamin.

Hari yang sama, suami Nynaa memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dan kemudian mahkamah menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: Instagram @nynaaharizal___

SKIP THIS AD ×